NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

TV Darul Iman Anjur Pertandingan 'Contest: Like, Share & Win'

KUALA TERENGGANU, 17 Januari - TV Darul Iman melancarkan pertandingan 'Contest: Like, Share & Win' bermula kelmarin sehingga 27 Januari ini, satu pertandingan julung-julung kali diadakan di bawah Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI).

Ia bertujuan untuk menyegerakan penyampaian maklumat kerajaan Terengganu kepada orang awam melalui sosial media dan pertandingan tersebut.

Urusetia Pertandingan berkenaan, Wan Noor Hidayah Wan Isma'un berkata sesiapa yang mendapat 'like and share' tertinggi bakal mendapat hadiah istimewa termasuk pemenang pertama mendapat hadiah berupa penginapan satu malam di Paya Bunga Hotel.

Katanya, pemenang kedua akan dihadiahkan sehelai baju Jersi Terbaru Terengganu FC musim 2019 dan hadiah pemenang ketiga berupa baucer RM50 dari Chicken Cottage. 

"Pertandingan ini tidak terhad, semua boleh menyertainya kecuali kakitangan UPDI," jelasnya ketika bercakap kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya, sebagai syarat pertandingan, orang ramai perlu menyebarkan video Tujuh Bulan Pentadbiran Kerajaan Baharu Negeri Terengganu Darul Iman yang disiarkan di page facebook TV Darul Iman di link https://www.facebook.com/TvDI3/videos/2297795947133504/

Di samping itu mereka terbabit perlu membuat 'like and follow page', media kerajaan negeri itu di link https://www.facebook.com/pg/TvDI3/posts/?ref=page_internalserta membuat 'hashtag' #ContestTVDarulIman.

" Terima kasih kerana terus menyokong TV Darul Iman, selamat mencuba semua, semoga berjaya," kata Wan Noor Hidayah

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo