NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sultan Pahang Ke VI Pembawa Panji-Panji Islam



SULTAN PAHANG KE VI
PEMBAWA PANJI-PANJI ISLAM

Roslan SMS

Sebak dan sejuk hati bila melihat pemasyhuran DYMM Tuanku Sultan Pahang ke VI di iringi dengan laungan takbir Allahu Akbar, memuji dan mengangkat kebesaran Allah swt diikuti Daulat Tuanku.

Tambah lagi apabila DYMM Tuanku di dalam titah Baginda memetik kata-kata keramat Saidina Abu Bakar as Sidiq r.a Khalifah Islam yang pertama yang berbunyi:

"Jika aku betul tolonglah aku
Jika aku salah betulkanlah aku. Benar itu amanah bohong itu khianat.

Taatlah aku selagi aku taatkan Allah dan Rasul Nya. Jika aku derhakakan Allah dan Rasul Nya maka yiada ketaatan untukku."

Ternyata Tuanku Sultan sungguh prihatin dan mahukan pemerintahan Baginda dimulakan dengan permulaan yang baik iaitu menjunjung dan mentaati kehendak Allah dan Rasul.

Inisiatif ini mencerminkan tingginya ilmu dan kefahaman agama Tuanku selain prihatinnya Tuanku terhadap nasib dan kebajikan rakyatnya.

Dalam zaman serba mencabar ini pihak Istana merupakan benteng pertahanan umat Melayu Islam dan negara.

Kita berdoa moga Tuanku terus dibimbingi Allah dan menjadi Raja Pemerintah yang adil berlandaskan Islam dan menjadi payung pelindung rakyat.

Allahu Akbar
Daulat Tuanku.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo