NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Masjidil Al-Aqsa Dikepung Polis Israel

BAITULMAQDIS – Masjidil Al-Aqsa kembali dibuka selepas dikepung polis Israel selama beberapa jam semalam, berikutan pertelingkahan antara pengawal keselamatan dan pentadbir masjid berkenaan dengan polis rejim Zionis.

Kejadian bermula awal pagi semalam, apabila seorang polis Israel mahu memasuki kawasan masjid berkenaan tanpa kebenaran.

“Pengawal meminta polis berkenaan menanggalkan kippah (ketayap dipakai penganut Yahudi) sebelum memasuki masjid namun polis itu enggan, sebaliknya cuba merempuh masuk.

“Berikutan itu pengawal menutup masjid,” kata jurucakap Pihak Berkuasa Agama Baitulmaqdis, Firas al-Dibs.

Aj Jazeera melaporkan, Dibs berkata, polis Israel melakukan pemeriksaan rutin setiap pagi namun apabila anggota terbabit enggan menanggalkan kippah, beliau mengesyaki polis itu mahu melakukan ibadat Yahudi dalam masjid.

Orang bukan Islam dibenarkan melawat Masjidil Al-Aqsa pada waktu tertentu tetapi tidak boleh bersembahyang di situ.

Berikutan itu, sepasukan polis Israel tiba dan mengepung kawasan masjid berkenaan.

Menurut laporan agensi berita Anadolu, tidak lama selepas Masjidil Al-Aqsa kembali dibuka menjelang solat Zuhur, lima penduduk Palestin, termasuk tiga pengawal keselamatan masjid ditahan polis Israel.

Menurut laporan agensi berita Wafa, ketika pertelingkahan itu, polis Israel turut mengasari Pengarah Masjidil Al-Aqsa, Sheikh Omar al-Kiswani, yang kemudian dihantar ke hospital.

Umat Islam, terutama penduduk Palestin bimbang Israel merampas Masjidil Al-Aqsa bagi membina Kuil Ketiga. Aktivis kuil berkenaan mendakwa bersembahyang dalam kawasan Masjidil Al-Aqsa adalah langkah pertama bagi mencapai tujuan membina Kuil Ketiga. – Agensi

Sumber: https://www.hmetro.com.my/global/2019/01/412571/masjidil-al-aqsa-dikepung-polis-israel

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo