NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Import Sisa Plastik : Kaji Impak Terhadap Manusia Dan Alam Sekitar



oleh: TUAN CHE ALIAS BIN HAMID

Ahli Parlimen Kemaman

1. Merujuk kenyataan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) semasa sesi penerangan pengurusan sisa import plastik semalam bahawa Kerajaan hanya membenarkan sisa plastik skrap yang bersih sahaja yang boleh diimport manakala plastik sampah sama sekali tidak dibenarkan, namun Kerajaan perlu kaji  dahulu secara keseluruhan kesan buruk terhadap kesihatan manusia dan alam sekitar. 

2. Kerajaan digesa untuk mengkaji secara holistik dengan penglibatan pihak menteri dan agensi berkaitan serta NGO seperti Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) berkaitan impak terhadap kesihatan manusia dan alam sekitar dengan pengimportan sisa plastik dari negara maju. Laporan tersebut juga perlu didedahkan kepada umum.

3. Ironinya, Malaysia belum lagi mempunyai teknologi pemprosesan bahan plastik dan kawalan pencemaran alam sekitar khususnya untuk bahan sisa plastik yang baik.

4. Pada masa yang sama, Kerajaan perlu mengurus sisa sampah plastik import kilang haram sebelum ini dengan efektif dan efisien supaya tidak menjejaskan kesihatan manusia dan alam sekitar dengan pertambahan sampah di negara kita. 


“Islam Memimpin”


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo