PM TOLAK PILIHANRAYA PBT
BERAPA LAMAKAH IA MAMPU BERTAHAN?
Roslan SMS
Pilihanraya kerajaan tempatan atau PBT digantung sejak 1965. Pilihanrayanya terakhir adalah 55 tahun dahulu iaitu pada 1963.
Pada tahun 1976 Akta Kerajaan Tempatan diluluskan yang membenarkan perlantikkan ahli-ahli majlis dan tiada lagi pilihanraya sejak itu.
Kawasan perbandaran secara umumnya didominasi masyarakat bukan Melayu. Bandaraya dan bandar-bandar besar umpama Kuala Lumpur, Ipoh, Petaling Jaya, Georgetown, Seremban, Melaka semuanya padat dengan penduduk Cina manakala penguasaan orang-orang Melayu hanyalah di pekan-pekan luar bandar lazimnya di majlis-majlis daerah.
Kerusi parlimen Bukit Bintang, PJ, Ipoh, Jelutong, Bagan, Cheras, Seputeh, Kepong, Seremban, Kota Melaka yang terletak di kawasan bandar semuanya kerusi-kerusi DAP belaka membuktikan bahawa demikianlah juga penguasaan di kebanyakkan PBT.
Ini mewujudkan jurang dan ketidakseimbangan antara kaum dan perancangan pembangunan. Mereka yang mewah di bandar akan dapat menikmati pembangunan sosial dan infrastruktur yang rancak manakala di luar bandar yang tiada hasil akan terus ketinggalan.
Semasa konfrontasi Malaysia-Indonesia dahulu banyak anasir mengeksploitasi ketidakseimbangan ini khususnyan pihak kominis sehingga mencetuskan ketegangan berpunca dari ketidakpuasan hati masyarakat.
PAS sudah lama menentang pilihanraya PBT ini dan semalam PM Tun Dr Mahathir dalam satu majlis menegaskan bahawa pilihanraya PBT tidak akan dikembalikan semula.
Menurut beliau pilihanraya PBT hanya akan mencetuskan konflik antara kaum dalam negara dan memberi isyarat yang tidak sihat.
Semoga keputusan PM yang sudah pastinya merupakan suara kerajaan dihormati terutama oleh anghota kabinet dan pimpinan PH sendiri.
Sebelum ini Menteri Perumahan Zuraida Kamaruddin pernah menyatakan kementeriannya akan memulihkan pilihanraya ini dalam tempuh 3 tahun.
DAP antara parti yang kuat mendesak diadakan pilihanraya ini dan semalam Setiusaha Agungnya Lim Guan Eng menegaskan DAP akan terus menuntut diadakan semula pilihanraya ini.
Mana pernah DAP menolak sesuatu yang menguntungkannya.
Demikian juga SUHAKAM dan BERSIH serta NGO lain yang pro DAP dan PH.
Nampaknya keputusan PM sudah mula berani dicabar dan dipertikai. Bukti kerajaan PH makin goyang dan longgar. Bukti juga bahawa kerajaan Malaysia Baru ini memang didominasi DAP dan sekutunya.
KUALA LUMPUR : Akta Laut Wilayah 2012 (Akta 750) yang diluluskan Parlimen tidak mendapat kelulusan Majlis Raja-Raja dan tidak pernah dilulus...
HIJAU.FM...
PERKUDAKAN SPRM & MAHKAMAH
PMX dikatakan memperkudakan SPRM dan Mahkamah untuk kekal jadi PMX
1 MEDIA.TV
Penganalisis Politik Tidak Berada Dalam ‘Padang’ – Ahmad Samsuri Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menepis dakwaan penganalisis politik bahawa kerajaan negeri yang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan parlimen bakal berdepan kekalahan.
No comments
Post a Comment