- Cadangan Bajet 2019 untuk rakyat Perak diberi hanya pada masa sehari sebelum dibentangkan.seolah ada yang mahu dirahsiakan terutama lebihan 340 juta yang akan dibetangkan pada hari tersebut.
- Puluhan juta ditarik atau dikurangkan sehingga ada yang lebih 50 % ditarik keluar, antara sektor yang telah menjadi mangsa adalah Pertanian, vaterneri, Nelayan, perhutanan dan lain-lain, semuanya adalah kaitan peruntukan rakyat diluar bandar yang kebanyakannya dari kaum India dan Melayu menerima nasib yang begitu malang.Sudahlah mereka sekarang sedang menderita dengan kejatuhan harga sawit, getah dan pertanian kini bajet utk mereka pula ditarik?
- Kerajaan PH juga GAGAL menjawab duit apa yang digunakan selain 340 juta dari siling kerajaan negeri. Duit mana? Adakah dari Persekutuan atau dari Negeri atau dari Rizab? Mengapa tidak dinyatakan dan diperincikan dlm pembentangan? Malah salinan ke pembangkang dilewatkan sehingga masa pembentangan dibuat nyata pembangkang tidak dapat mengkaji atau menilai bagaimana 350 juta yang akan diagihkan kepada rakyat. Surat pun tiada tanda tangan sepatutnya disahkan.
No comments
Post a Comment