NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Rakan pengajian TGHA serah Borang PAS



ŲØِŲ³ْŁ…ِ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ِ Ų§Ł„Ų±َّŲ­ْŁ…ٰŁ†ِ Ų§Ł„Ų±َّŲ­ِŁŠŁ…

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

9 Safar 1440H
18 Oktober 2018

Hujan renyai di luar pejabat. Memang lumrah musim hujan di hujung tahun.
Tapi mudah mudahan hujan ini hujan rahmat yang menjadi saksi. Dua perkara penting yang berlaku dalam pejabat ini. Dulu dikenali sebagai pejabat Adun N45 Dun Selat Klang YB Dr Halimah Ali. Sekarang dijenamakan semula sebagai Pusat Komuniti PAS Selat Klang.

Takdir Allah, insan yang mengaku dirinya sebagai sahabat satu pengajian dengan Tuan Guru YB Dato Seri Abdul Hadi Awang, Presiden PAS di Universiti Medinah dulu berkunjung di pejabat hari ini dan menyatakan keinginan beliau ikut serta berjuang dalam PAS. Beliau menyatakan sudah lama beliau memendam hasrat tetapi takut dengan komitmen mengajar seluruh negara beliau tidak boleh menyumbang kepada PAS.

Alhamdulillah, baru baru ini beliau telah berjaya berjumpa dengan sahabat sepengajiannya yakni Tok Guru Presiden PAS di Rusila maka semakin berkobar keinginan beliau bersama mendokong perjuangan Islam ini.
Maka kunjungan beliau berjumpa saya di pejabat PUSKOM hari ini mencatatkan sejarah penting dalam hidupnya dengan mengisi borang PAS. Alhamdulillah... akhirnya dipermudahkan oleh Allah.

Saya menghadiahkan diari terakhir MANTAN Adun Selat Klang dan payung kerana hujan kepada insan istimewa, Al Fadhil Ustaz Isa Salleh warga Vietnam yang telah mendapat warganegara Malaysia. Majlis spontan itu diakhiri dengan doa yang dibaca oleh bakal ahli PAS dari golongan ulamak yang mudah mudahan diberkati oleh Allah.....

Terima kasih ya Allah.... kerana mendatangkan hamba solehMu sebagai penguat perjuangan menegakkan syariat Mu di negara ini insya-ALLAH.

Bagi sahabat seperjuangan berimanlah dengan apa yang Allah janjikan dalam surah
Muhammad : 7

ŁŠٰٓŲ£َŁŠُّŁ‡َŲ§ Ų§Ł„َّŲ°ِŁŠŁ†َ Ų”َŲ§Ł…َŁ†ُŁˆٓŲ§ Ų„ِŁ† ŲŖَŁ†ŲµُŲ±ُŁˆŲ§ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡َ ŁŠَŁ†ŲµُŲ±ْŁƒُŁ…ْ ŁˆَŁŠُŲ«َŲØِّŲŖْ Ų£َŁ‚ْŲÆَŲ§Ł…َŁƒُŁ…ْ

Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.

Dr Halimah Ali
AJK PAS Pusat
Pengarah, Pusat Komuniti PAS Selat Klang
18 Oktober 2018

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo