NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

UEC: Tentang bukan bermaksud rasis




Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

Pengamal undang-undang yang juga aktivis Concerned Lawyers for Justice (CLJ), Aidil Khalid menyifatkan pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) bercanggah dengan semangat asal Perlembagaan Persekutuan.

Beliau menjelaskan, jika dibaca semula panduan Suruhanjaya Reid, hasratnya begitu jelas iaitu berkehendakkan sebuah negara yang rakyatnya bersatu padu dan sistem kewarganegaraan yang seragam.

"Di mana satu tempoh kelak kita nak bahasa Melayu menjadi bahasa yang menyatukan semua kaum. Jadi kalau kita nak iktiraf UEC ini, ia bercanggah dengan hasrat asal Perlembagaan.

"Malah, bukan sahaja UEC, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) sendiri pun sebenarnya dah tiada asas di sisi Perlembagaan.

"Tapi daripada kerajaan lama lagi dah cakap tak boleh nak tutup sekolah jenis ini. Walhal, tidak ada satu pun yang sebut mengenai sekolah jenis kebangsaan di dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Memang Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan ada sebut tidak menafikan hak mana-mana pihak mempelajari dan mengajar bahasa lain.


"Tapi dia mengatakan hak untuk mengajar bukan mengadakan hak untuk mengadakan satu sistem asing yang berlainan dengan sistem kebangsaan," katanya pada Wacana Rakyat: Relevankah UEC yang dianjurkan di Bandar Baru Bangi, hari ini.

Mengulas lanjut, Aidil tidak menafikan hak untuk mempelajari Bahasa Cina, namun sudah jelas, bahasa rasmi yang digunakan dalam urusan kerajaan termasuk pembelajaran di sekolah ialah bahasa Melayu.

"Tidak dinafikan, kita perlu menguasai sebanyak mungkin bahasa. Aya tiada sentimen antibahasa Mandarin atau sebagainya.

"Tapi kalau kita lihat, sekolah jenis kebangsaan, bahasa medium perantara itu telah mengetepikan bahasa kebangsaan. Sama lah juga dengan UEC ini.

"Kurikulum dia langsung tidak dikawal selia oleh kerajaan.

"Saya bagi satu contoh kes pada tahun 80-an, Merdeka University Sdn Bhd ketika itu, memohon kelulusan untuk menubuhkan satu universiti yang akan menggunakan bahasa Cina sebagai bahasa perantara.

"Dia dah pergi ke Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan, namun apa yang diputuskan oleh hakim ketika itu ialah kerajaan mempunyai hak untuk menafikan kelulusan universiti tersebut kerana ia bercanggah dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.

"Mahkamah mentafsirkan urusan rasmi, yang mana pelajaran juga termasuk urusan rasmi.
"Jadi ketika itu juga kita ada penghakiman yang tidak membenarkan pembelajaran menggunakan bahasa cina

"Justeru, isunya sekarang ini bukan nak jadi rasis dan sebagainya. Ini isu semangat kebangsaan. Kenapa kita masih nak terpisah-pisah dengan mengadakan sekolah kebangsaan, dan juga UEC," tegasnya.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo