NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jaga Islam; Jangan Calarkan Kemuliaannya



oleh: USTAZ MOHD ASRI MAT DAUD2 Zulqaedah 1439H / 15 Julai 2018 (Ahad)

Isu berkaitan hifzu al-Din menjadi tular akibat kenyataan YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri beberapa hari lalu. Jelas sekali melalui ucapannya bahawa beliau berpegang kepada pemikiran perlunya dijaga semua agama yang ada dan tidak hanya terhad kepada agama Islam sahaja. Kenyataan ini jauh tersasar daripada padangan Jumhur Ulama yang menegaskan bahawa al-Din dalam maksud hifzu al-Din ialah menjaga Islam.

Perbincangan berkaitan hal ini sudah lama diutarakan dalam disiplin ilmu Maqasid Syar'iyyah yang ditulis oleh ramai ulama yang muktabar. Tujuan Allah menurunkan Islam adalah untuk menyelamatkan manusia keseluruhannya daripada malapetaka dan azab Allah. Menurut Imam Izzuddin bin Abdul Salam, tujuan agama dan hukum adalah (ŲÆŲ±Ų” Ų§Ł„Ł…ŁŲ§Ų³ŲÆ ŁˆŲ¬Ł„ŲØ Ų§Ł„Ł…ŲµŲ§Ł„Ų­) iaitu menghindari mafsadah dan menarik kemaslahatan. Inilah objektif utama Allah mendatangkan agama Islam demi kesejahteraan kehidupan di dunia dan dapat memelihara kepentingan manusia selepas kematian mereka. 

Ini membuktikan bahawa kedatangan Islam merupakan rahmat kepada manusia sekalian alam, sebagaimana firman Allah S.W.T:

{ŁˆَŁ…َŲ§ Ų£َŲ±ْŲ³َŁ„ْŁ†َŲ§Łƒَ Ų„ِŁ„Ų§ Ų±َŲ­ْŁ…َŲ©ً Ł„ِŁ„ْŲ¹َŲ§Ł„َŁ…ِŁŠŁ†َ}

Maksudnya: “Kami tidak mengutuskan engkau (Wahai Muhammad), melainkan menjadi rahmat untuk semesta alam”. [al-Anbiyaa': 107]

Para ulama telah membincangkan berkenaan maksud hifzu al-Din iaitu ia suatu istilah yang digunakan oleh para ulama fiqh bagi menjelaskan maksud memelihara agama dalam konteks maqasid syari'yyah. Agama yang dimaksudkan ialah Islam, iaitu agama yang diredhai. Firman Allah SWT:

{Ų§ِŁ†َّ Ų§Ł„ŲÆِّŁŠۡŁ†َ Ų¹ِŁ†ۡŲÆَ Ų§Ł„Ł„ّٰŁ‡ِ Ų§Ł„ۡŲ§ِŲ³ۡŁ„َŲ§Ł…ُ}

Maksudnya: “Sesungguhnya agama (yang diredhai) disisi Allah hanyalah Islam”. [Ali-Imran: 19]

Firman Allah SWT lagi:

{ŁˆَŁ…َŁ†ْ Ų£َŲ­ْŲ³َŁ†ُ ŲÆِŁŠŁ†ًŲ§ Ł…ِŁ…َّŁ†ْ Ų£َŲ³ْŁ„َŁ…َ ŁˆَŲ¬ْŁ‡َŁ‡ُ Ł„ِŁ„َّŁ‡ِ ŁˆَŁ‡ُŁˆَ Ł…ُŲ­ْŲ³ِŁ†ٌ ŁˆَŲ§ŲŖَّŲØَŲ¹َ Ł…ِŁ„َّŲ©َ Ų„ِŲØْŲ±َŲ§Ł‡ِŁŠŁ…َ Ų­َŁ†ِŁŠŁًŲ§ ۗ ŁˆَŲ§ŲŖَّŲ®َŲ°َ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ُ Ų„ِŲØْŲ±َŲ§Ł‡ِŁŠŁ…َ Ų®َŁ„ِŁŠŁ„ًŲ§}

Maksudnya: “Dan siapakah yang lebih baik agamanya daripada orang yang ikhlas menyerahkan dirinya kepada Allah, sedang diapun mengerjakan kebaikan dan dia mengikuti agama Ibrahim yang lurus?”. [al-Nisaa': 125]

Jelas di sini bahawa perkataan al-Din adalah merujuk kepada agama Islam yang terkandung di dalamnya akidah, syariat dan akhlak. Ini bertepatan dengan firman Allah SWT:

{Ų§Ł„ْŁŠَŁˆْŁ…َ Ų£َŁƒْŁ…َŁ„ْŲŖُ Ł„َŁƒُŁ…ْ ŲÆِŁŠŁ†َŁƒُŁ…ْ ŁˆَŲ£َŲŖْŁ…َŁ…ْŲŖُ Ų¹َŁ„َŁŠْŁƒُŁ…ْ Ł†ِŲ¹ْŁ…َŲŖِŁŠ ŁˆَŲ±َŲ¶ِŁŠŲŖُ Ł„َŁƒُŁ…ُ Ų§Ł„ْŲ„ِŲ³ْŁ„َŲ§Ł…َ ŲÆِŁŠŁ†ً}

Maksudnya: “pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Aku cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Aku redhai Islam itu sebagai agama bagimu”. [al-Maidah: 3]

Justeru, dengan menjaga agama Islam bermakna umat Islam dengan sendirinya menjaga Dharuriyyat al-Khamsah yang menjadi kewajiban umat Islam menjaganya iaitu memelihara agama, jiwa, akal, keturunan dan harta. Imam al-Syathibi yang terkenal dengan bapa maqasid membahagikan urusan pemeliharaan kesucian agama Islam kepada dua aspek iaitu; memastikan ajaran Islam dapat dilaksanakan secara menyeluruh dan keduanya agama Islam wajib dilindungi daripada diseleweng dan dimusnahkan dengan memastikan penganutnya menjauhi dosa kecil, dosa besar dan sebarang perkara yang membawa kepada syirik.

Maka, di sinilah lahirnya maksud yang sebenar hifzu al-Din iaitu pemeliharaan kesucian agama Islam dengan memastikan ia didaulatkan dan diamalkan serta dilindungi daripada sebarang bentuk syirik dan pencemaran. Adapun agama selain Islam diberi kebebasan untuk diamalkan tanpa sebarang diskriminasi. Islam tidak memaksa penganut agama lain untuk memeluk Islam dan hak untuk beribadat diberi kebebasan sepenuhnya tetapi ia tidak termasuk dalam maksud hifzu al-Din yang mensyaratkan suatu penjagaan rapi dengan tidak dicemari daripada sebarang kesyirikan. Oleh itu, tidak boleh disabitkan hifzu al-Din dengan agama selain Islam.

Dewan Ulamak PAS Pusat menyeru para pemimpin utama kerajaan agar berhati-hati dalam membuat kenyataan berkaitan prinsip yang ada dalam agama Islam agar ianya tidak keliru dan menjadi salahfaham di kalangan masyarakat sehingga mendatangkan kebencian antara masyarakat pelbagai kaum. Islam hendaklah diberi kedudukan yang tertinggi dan penjagaan yang sempurna sehingga ianya tertegak di negara kita sesuai dengan Islam sebagai agama rasmi persekutuan.


“Sejahtera Bersama Islam”

“Membina Negara Sejahtera”

USTAZ MOHD ASRI MAT DAUD ialah Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo