NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Zahid Tolak Debat, Sedia Isytihar Harta 


Calon Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak berhasrat untuk berdebat seperti mana cadangan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah bagi merebut jawatan nombor satu parti itu.

Pemangku Presiden UMNO itu berkata, parti itu tidak perlu mengikut sistem Demokrat atau Republikan sebaliknya UMNO bersifat 'kekeluargaan'.

"Kita tidak berhasrat untuk mengikut sistem Demokrat atau Republikan (seperti di Amerika Syarikat) untuk mengadakan perdebatan antara calon masing-masing (calon presiden).

"Acuan politik kita adalah politik keluarga. UMNO adalah parti terbesar orang Melayu jadi eloklah jika kita ada isu, kita raikan perbezaan itu dengan hanya buat (perbincangan) di halaman rumah sendiri.

"Kita tidak perlu berkongsi perbezaan pendapat dengan orang lain kerana (mereka) tidak mahu melihat UMNO sebagai parti yang kukuh," katanya ketika ditemui pada sidang media di Majlis Jelajah Aidilfitri di bangunan UMNO, di Kota Bharu, pada Khamis.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan berhubung cadangan debat yang diusulkan oleh Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menjelang pertandingan jawatan Presiden UMNO pada 30 Jun ini.

Pelawaan itu disahut oleh Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Sementara itu di Kuala Nerus, Ahmad Zahid menyatakan kesediaannya untuk mengisytiharkan harta, seperti mana mahu dilakukan oleh Tengku Razaleigh.

"Kita ikut, tidak ada masalah dan tidak apa yang perlu disembunyikan," katanya ringkas. - Wartawan Watan-Online

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo