NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Rumah Terbuka MB Terengganu




KUALA TERENGGANU 13 Jun - Majlis rumah terbuka Aidilfitri Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar akan diadakani pada Hari Raya pertama.


Majlis yang akan bermula pukul 11 pagi hingga 4 petang di kediaman rasmi Seri Iman di sini dijangka dihadiri kira-kira 15,000 pengunjung. 


Ahmad Samsuri mengajak rakyat memeriahkan majlis tersebut di samping dapat mengeratkan silaturrahim sesama masyarakat.

Sementara itu dalam perutusan Aidilfitri yang dimuat naik di laman Facebook, beliau mendoakan agar rakyat dapat meraikan Aidilfitri dengan penuh keriangan dan kesyukuran.




Katanya, pertemuan yang berlaku setahun sekali itu mampu menjadi medan mengeratkan hubungan, justeru menyeru rakyat manfaatkan peluang yang ada dengan mengunjungi rumah sanak saudara, jiran tetangga dan sahabat handai.

"Kepada yang terpaksa bertugas, saya ucapkan selamat bertugas, dan jalankan tanggungjawab seiklasnya semoga Allah mempermudahkan urusan kita.

"Tidak lupa kepada perantau yang pulang beraya, pandu dengan berhati-hati semoaga selamat tiba ke destinasi dan rancang perjalanan anda dengan bijak serta sentiasa mematuhi peraturan jalan raya," katanya.

Sementara itu, majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Paka oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahari Mamat akan diadakan pada 23 Jun di Tapak PGU, Simpang Santong bermula pukul 10.30 pagi.-UTUSAN




No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo