NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

'Perang Saudara' Dalam Pakatan Harapan - FMT



Oleh Harris Nasril

Pada 6 Januari 2018, Pakatan Harapan telah menandatangani satu perjanjian yang dinamakan "MUAFAKAT PAKATAN HARAPAN".

Antara item yang paling penting yang menjadi pengikat semua parti komponen terutama sekali antara PKR dan PPBM adalah mengenai calon PM.

Ini isi item no 2 dalam perjanjian tersebut :

"2. Untuk memperkukuh kepimpinan kerajaan Pakatan Harapan dan memperteguh muafakat antara parti-parti anggota, proses undang-undang untuk mendapatkan Pengampunan Diraja bagi membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dimulakan segera, selepas Pakatan Harapan mengambil alih pentadbiran negara, agar Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat segera berperanan dalam Kerajaan Persekutuan dan kemudiannya diangkat sebagai calon Perdana Menteri ke-8;"

Perhatikan di atas, ada dua perkataan segera digunakan.

SEGERA 1: Pengampunan Diraja dan pembebasan Anwar Ibrahim. Ini telah berjaya dilakukan.

SEGERA 2 : Anwar berperanan dalam kerajaan dan kemudiannya menjadi calon PM ke-8. Ini belum lagi dilakukan.

Sebulan selepas perjanjian ini ditandangani, Tun memulakan gerakannya dengan mengeluarkan kenyataan "Saya tidak boleh lama. Paling lama, saya boleh tahan dua tahun".

Selepas memenangi pilihanraya, Daim Zainuddin, rakan karib Tun, juga ketua Council of Elders berkata beliau sebelum ini menemui Anwar dan memberitahunya "anda semua mencuba banyak kali dalam pilihan raya tetapi gagal. Sama ada suka atau tidak, Tun Dr Mahathir Mohamad berjaya (mengalahkan BN)."

Malah Daim menambah Anwar tidak wajar dilantik serta-merta sebagai Perdana Menteri sebaik kembali ke Parlimen.

Ini kerana menurut Daim, tindakan untuk menukar perdana menteri sebegitu adalah sesuatu yang bodoh kerana sebarang peralihan kuasa sepatutnya berlaku pada pertengahan penggal.

Kini, penyokong Anwar dan Anwar sendiri tahu bahawa tiada perjanjian mengatakan Mahathir hanya akan menyerahkan jawatan PM selepas dua tahun. Perjanjian sebenarnya menulis ia perlu dilakukan "segera". Jika benarpun Mahathir mahu menyerahkannya selepas dua tahun, menurut Rafizi Ramli, rekod Mahathir adalah lidah bercabang. Apatah lagi dalam politik, dua tahun itu sangat panjang. Di Sabah tempoh hari dalam dua hari pun kita menyaksikan ada dua menteri besar!

Oleh kerana itu, Anwar sebaik sahaja dibebaskan, beliau melakukan satu rapat umum besar di Padang Timur bagi menunjukkan sokongan rakyat kepada beliau. Ucapan beliau juga turut disiarkan secara langsung oleh TV3. Anwar juga sedang menjalankan gerakannya menggembeling sokongan rakyat dengan melakukan tour satu negara, termasuk tour berjumpa sultan-sultan. Tindakan Anwar ini diperhatikan dengan sinis oleh penyokong Tun. Mereka mendakwa Anwar seperti tergesa-gesa tidak sabar untuk menjatuhkan Tun.

Ketika ini, jika anda perasan, Cultdet telah mula melakukan serangan kepada Anwar di internet dan media sosial, manakala penyokong Anwar masih berada di belakang.

Siapakah akan menang 'perang saudara' ini? Mari perhatikan jumlah kerusi dalam kerajaan PH.

PKR – 49

DAP – 42

PPBM – 12

Amanah – 10

Warisan – 8

PKR dengan jumlah kerusi paling tinggi, Tun sudah pun game kan mereka apabila tiga kementerian paling berkuasa diberikan kepada parti beliau sendiri (KDN), DAP – Kewangan, Amanah – Pertahanan. Rafizi menyatakan keputusan ini di'bulldoze' oleh Tun, tanpa persetujuan mereka.

Apatah lagi jika Mahathir tidak mahu menyerahkan jawatan PM kepada Anwar, apa-apa pun boleh berlaku. Anwar pada 1994 pernah berperanan dalam kejatuhan kerajaan Sabah apabila adun-adun melakukan lompatan ke BN.

Dan menarik untuk diperhatikan, jumlah kerusi BN kini adalah 79, dan jika ditambah dengan kerusi PKR, 49, = 128, ia sudah melebihi majoriti mudah.

Bola di kaki Anwar. Tun kini melihat Anwar sedang hebat menggelecik. Apapun, kemenangan sebenar bukannya kehebatan menggelecik bola, tetapi sama ada beliau berjaya menyumbat gol atau tidak.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo