NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Peguam negara tidak lagi akan wakili SPR



Ia bagi mengelakkan percanggahan kepentingan kerana kerajaan juga akan terlibat dalam petisyen.

PETALING JAYA: Jabatan Peguam Negara tidak akan mewakili Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam mana-mana petisyen pilihan raya, kata Peguam Negara Tommy Thomas.

Tommy berkata ini bagi mengelakkan percanggahan kepentingan kerana kerajaan juga akan terlibat dalam petisyen itu.

"Disebabkan kerajaan kebiasaannya menjadi pihak kepada petisyen pilihan raya tersebut, sama ada dalam kalangan Ahli Parlimen, Adun atau pihak yang telah tewas, adalah tidak menyenangkan bagi jabatan ini untuk juga mewakili SPR," katanya.

Tommy menjelaskan SPR selaku pemutus berkecuali dalam perjalanan pilihan raya tidak sepatutnya diwakili oleh jabatannya kerana kemungkinan timbulnya percanggahan kepentingan.

"Keadilan hendaklah dilihat dilaksanakan," katanya.

Tommy berkata tugas utama jabatannya adalah sebagai penasihat undang-undang kepada cabang eksekutif dan untuk mewakili kerajaan dalam prosiding jenayah dan sivil.

"Mulai hari ini, jabatan tidak akan mewakili mana-mana pihak dalam petisyen pilihan raya, dan SPR hendaklah melantik peguam pilihan sendiri daripada Badan Peguam Malaysia untuk mewakili mereka dalam prosiding perundangan," katanya.



No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo