NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Mansuhkan MKN, bukan kaji semula


KUALA LUMPUR 29 Jun - Lawyers for Liberty menggesa kerajaan memansuhkan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan bukannya mengkaji semula.

Pengarah Eksekutif, Latheefa Koya berkata, Malaysia mempunyai beberapa undang-undang untuk menyelesaikan isu keselamatan negara termasuk Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA) dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan Akta Pencegahan Jenayah 1959.

"Akta MKN ini tidak perlu dikaji semula tetapi dimansuhkan terus seperti yang dijanjikan dalam manisfesto Pakatan Harapan (PH) sebelum ini dan Akta MKN jelas tidak mengikut prinsip demokrasi.

"Seharusnya, kerajaan hari ini menunaikan janji untuk bagi memastikan tiada penyalahgunaan kuasa seperti yang berlaku dalam pimpinan kerjaan terdahulu," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Semalam, Menteri Pertahanan Mohamad Sabu berkata, kerajaan akan melihat dengan serius sama ada MKN dikekalkan atau dimansuhkankan.

Beliau juga mahu pelaksanaan MKN tidak ditekan untuk menjadi alat menyokong parti politik. - UTUSAN ONLINE

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo