NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

KUIZM Buka Pengambilan Pelajar Diploma Sesi Ogos 2018


Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM), Taman Melewar, Gombak membuka peluang kepada seluruh pelajar lepasan SPM, SMA, SMU, 4 THANAWI, LEPASAN TAHFIZ dan PONDOK untuk menyambung pengajian di peringkat Diploma bagi pengambilan sesi Ogos 2018 dan Kursus Persediaan Ke IPT Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris.

KUIZM adalah sebuah institusi pengajian tinggi swasta di bawah Parti Islam Se-Malaysia yang yang diasaskan oleh Dewan Ulamak PAS Pusat yang menawarkan pengajian Islam peringkat diploma dan persijilan. KUIZM diurus tadbir oleh Rektor, Dr Mohd Zuhdi bin Marsuki.

Antara program pengajian yang ditawarkan KUIZM adalah seperti Diploma Muamalat dan Kewangan Islam, Diploma Dakwah dan Komunikasi serta Kursus Pengukuhan Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris sebagai persediaan para pelajar sebelum melangkah  ke Insititusi Pengajian Tinggi.

Pelajar-pelajar yang berminat boleh memohon secara online di www.kuizm.net/daftar atau mendapatkan borang permohonan di Pejabat Pendaftar KUIZM di Taman Melewar, Gombak.

Untuk sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian hotline KUIZM di nombor 010-3565616. Tarikh tutup permohonan adalah pada 26 Julai 2018

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo