NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ku Li cuba batalkan pembekuan akaun UMNO


Calon Presiden UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah berjanji akan berusaha menarik balik pembekuan akaun parti itu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau berkata, pembekuan itu telah dilakukan berlandaskan undang-undang, tetapi parti akan melihat kepada langkah tertentu untuk mendapatkan semula dana tersebut.

Katanya, langkah itu perlu supaya dana di dalam akaun itu boleh digunakan oleh parti secepat mungkin.

"SPRM telah mengambil langkah mengikut undang-undang. Mereka boleh melakukannya selagi berlandaskan kepada perundangan.

"Setiap tindakan ada reaksinya. Kami akan mencari jalan untuk mendapatkan semula dana yang menjadi milik parti supaya boleh digunakan untuk parti," katanya seperti dipetik daripada portal tempatan.

Beliau berkata demikian selepas pertemuan dengan wakil daripada Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO dari ibu negara, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka di sini.

Terdahulu, Naib Presiden yang menjalankan tugas-tugas Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini memaklumkan bahawa akaun ibu pejabat UMNO Pusat dan Selangor sudah dibekukan oleh SPRM.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo