NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kemaskini Pemilihan Sayap Umno: Asyraf Wajdi, Noraini, Zahida pemenang ketua Pemuda, Wanita, Puteri

Dari kiri Datuk Norliza Abdul Rahim, Datuk Noraini Ahmad, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki dan Shahril Sufian Hamdan yang menang jawatan masing-masing.

KUALA LUMPUR: Bekas timbalan menteri Datuk Asyraf Wajdi Dusuki, Ahli Parlimen Parit Sulong Noraini Ahmad dan Zahida Zarik Khan diumum pemenang pemilihan ketua Pemuda, Wanita dan Puteri yang selesai hari ini.


Mereka akan menggalas tanggungjawab jawatan itu bagi penggal 2018-2021. Kemenangan mereka diumumkan Setiausaha Kerja Datuk Seri Ab Rauf Yusof pada sidang media di Auditorium Umno, Pusat Dagangan Dunia Putra malam tadi.

Asyraf diumumkan sebagai pengganti Khairy Jamaluddin selepas mengalahkan mengalahkan 7 orang pencabar lain dan pesaing terdekat, Senator Khairul Azwan Harun. Beliau digandingkan dengan Naib Ketua Shahril Suffian Hamdan yang juga mengalahkan 8 pesaingnya.

Noraini mengantikan Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil selepas bersaing hebat dengan Datuk Azizah Mohd Dun dan seorang pencabar lain. Beliau digandingkan dengan Naib Ketua Norliza Abdul Rahim yang menewaskan 3 pesaingnya.

Di sayap Puteri pula, Zahida berjaya menewaskan seorang pencabar, Nor Hazreena Mohamad Hashim. Beliau digandingkan dengan Naib Ketua Nurul Amal Mohd Fauzi yang mengalahkan 4 calon lain.

Sebanyak 191 bahagian mengundi untuk ketiga-tiga sayap dalam pemilihan Umno kali ini.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo