NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Harga RON95, diesel kekal hingga akhir tahun



Harga RON95 serta diesel kekal, masing-masing pada RM2.20 seliter dan RM2.18 seliter, sehingga akhir tahun ini, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Kerajaan telah memperuntukkan RM3 bilion subsidi untuk RON95 dan diesel, bagi memastikan harga bahan api ini diapungkan di pasaran.

"Jumlah itu (subsidi) boleh dikurangkan, bergantung kepada harga minyak tetapi saya tidak mahu memberikan angka kerana ia turun naik minggu demi minggu.

"Tetapi anggaran kami adalah RM3 bilion (subsidi) hingga akhir tahun," katanya, sambil menambah bahawa walaupun harga mungkin akan meningkat selepas ini, kerajaan berusaha untuk 'tidak menaikkan harga'.

Mengenai RON97 yang kini mencecah RM2.59 seliter, menteri itu berkata, harga akan berdasarkan kepada pergerakan pasaran.

"RON97 tidak menjadi masalah, kerana ia digunakan kenderaan mewah," katanya.- Bernama

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo