NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Hadi, MB Terengganu kunjungi Perdana Menteri


Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menerima kunjungan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Yayasan Kepimpinan Perdana, di Putrajaya.

Beliau diiringi oleh Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar dan mantan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.


PAS menawan kerajaan negeri di Terengganu selepas pilihan raya umum 9 Mei ini. PAS turut kekal sebagai kerajaan negeri di Kelantan.

Bagaimanapun, butiran di sebalik pertemuan itu tidak diketahui.dan didedahkan kepada umum.

Dalam perkembangan itu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar merakamkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana menerima kunjungan ke pejabat beliau pagi ini.

"Terima kasih YAB Tun Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia kerana menerima kunjungan kami ke pejabat beliau pagi ini.

Beliau juga berharap semoga hubungan rapat dan positif antara kerajaan Negeri Terengganu dapat diperkukuhkan demi kepentingan rakyat.

"Semoga hubungan rapat dan positif antara kerajaan Negeri Terengganu dan Persekutuan dapat terus diperkukuhkan untuk kepentingan negara dan negeri serta rakyat seluruhnya.


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=250886722135583&id=230516164172639

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo