NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

CEO HRDF Vignaesvaran letak jawatan



Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF) Datuk Vignaesvaran Jeyandran telah meletak jawatan berkuat kuasa semalam.

HRDF dalam kenyataan hari ini berkata Timbalan CEO Lim Kah Cheng akan mengambil alih sebagai pemangku CEO berkuat kuasa serta merta.

"Menteri Sumber Manusia (M. Kula Segaran) telah mengarahkan HRDF untuk menubuhkan Jawatankuasa Tadbir Urus Pemantauan dengan mandat untuk membantu lembaga pengarah HRDF dalam memenuhi tanggungjawab untuk membetulkan kesilapan.

"Jawatankuasa itu akan menyemak semula semua aspek rangka kerja tabdir urus lembaga untuk memastikan lembaga berfungsi secara efektif dan efisien, untuk menyokong operasi," katanya.

Menurut kenyataan itu, anggota jawatankuasa itu akan diumumkan selepas mesyuarat agung tahunan HRDF minggu depan.

Lim ialah pemegang Ijazah Sarjana Muda Teknologi, Universiti Sains Malaysia (USM) dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) Universiti Putra Malaysia (UPM).

Beliau juga ialah Felo Berkanun dengan Chartered Institute of Personnel and Development (CIPD) serta Felo Pertama dengan Australian Human Resources Institute (FAHRI).

Kula Segaran baru-baru ini dilaporkan berkata Kementerian Sumber Manusia akan menubuhkan lembaga bebas dalam waktu terdekat untuk menyiasat dan menyelesaikan aduan terhadap HRDF.

Beliau menggesa HRDF supaya lebih telus dengan dananya berikutan terdapat banyak dakwaan dilemparkan di laman sosial dan media arus perdana tentang penyelewengan dana.

HRDF sebelum ini berkata ia memandang serius dakwaan berkaitan dana dan berikrar untuk memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Kementerian Sumber Manusia dan pihak berkuasa relevan.

- Bernama






No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo