NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Umno pecat Daim, Rafidah dan Rais

UMNO memecat tiga ahlinya yang juga veteran parti itu berkuatkuasa Jumaat kerana bersekongkol dengan pembangkang bagi menentang Barisan Nasional (BN).

Perkara itu diputuskan Lembaga Disiplin UMNO yang membuat keputusan menggugurkan keahlian tiga veteran UMNO itu yang juga bekas menteri iaitu, Tun Daim Zainuddin, Tan Sri Rafidah Aziz dan Tan Sri Rais Yatim.



Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang mengesahkan perkara itu berkata, surat pengguguran keahlian mereka telah ditandangani olehnya semalam.

"Saya berada di ibu pejabat UMNO semalam dan sudah menandatangani surat pengguguran keahlian mereka.

"Mengikut perlembagaan parti mereka sebagai veteran UMNO tahu bahawa tindakan mereka itu salah apabila berceramah di atas pentas pembangkang," katanya kepada pemberita di Putrajaya, Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan ketiga-tiga bekas menteri terbabit yang kini menyokong pembangkang.

Tambah Tengku Adnan lagi, beliau tidak bertindak berdasarkan 'cakap-cakap' sebaliknya sudah memperoleh bukti bergambar. - Watan

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo