NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tsunami Melayu ke arah PAS?




oleh: Tuan Ibrahim Tuan Man

PAS merasa amat hairan dengan pendekatan kempen Pakatan Harapan yang diketuai oleh Tun Dr Mahathir Mohamad. Apakah ia kerana beliau sudah dapat merasakan tsunami Melayu yang diharapkan kini sudah bergerak ke arah PAS yang terbukti bebas daripada rasuah?

Terbaharu adalah tuduhan Tun M bahawa PAS menerima sogokan Umno dan Umno memberi duit kepada PAS untuk kalahkah PH. Satu fitnah yang amat dangkal hanya tiada niat lain selain bagi mengelirukan dan mencuri undi rakyat dengan taktik kotor.

Apakah beliau tidak dapat menerima PAS memang bebas rasuah kerana di sepanjang pengalaman beliau ketika menjadi PM dan juga kini parti-parti yang beliau sudi bersama - tiada satu yang bebas daripada tuduhan rasuah?

Nampak amat jelas pendekatan fitnah dan tuduh menuduh secara melulu menjadi strategi huduh PH bagi memenangi undi rakyat. Amat malang sekali rakyat dihidangkan dengan budaya politik yang amat tidak bertamadun lagi menjijikkan. Apakah siri tauladan yang hendak PH tunjukkan kepada rakyat?




Kenapa Tun M perlu membuang masa dengan fitnah dan tuduhan yang bukan sahaja ditolak oleh rakyat, malah dalam kes saman Presiden PAS kepada Sarawak Report mahkamah London juga telah menolak semua bukti-bukti yang dikemukakan berkaitan fitnah RM90 juta?

Sepatutnya Tun M menjawab dahulu pertanyaan terdahulu Presiden PAS Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dari manakah PH mendapat sumber kewangan untuk pilihanraya ini? Dedahkan juga dari mana Tun M mendapatkan sumber kewangan untuk ke sana-ke mari dengan menggunakan jet peribadi, termasuk jet peribadi yang dikatakan disabotaj itu ketika ke Langkawi pada hari penamaan calon? Siapa yang membiayainya? Jika ia sahabat Tun M, siapa beliau?

Sila dedahkan. Jangan hanya sibuk memfitnah PAS.

Tuan Ibrahim Tuan Man adalah Timbalan Presiden PAS juga merupakan calon PAS Parlimen Kubang Kerian

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo