NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAS dah Tak Lawan BN/UMNO ka?



oleh: Ahmad Hakimi Othman.
13 April 2018, Jumaat /26 Rejab 1438H.

Ada orang Tanya, PAS dah Tak Lawan BN/UMNO ka?

Saya menjawab, kalaulah definisi lawan itu marah marah, maki maki, berdasarkan cerita propaganda. PAS tak lawan UMNO dengan cara itu sekarang.


PAS lawan UMNO dengan menawarkan alternatif yang lebih baik dengan dasar dasar ISLAM dan dengan akhlak yang lebih lembut dan Matang.

Melawan tidak semestinya dengan jerit jerit tak Puas hati. Kalau Itulah yang berlaku, biasanya seperti pepatah menang sorak, kampung tergadai.

Tidak belajarkah bagaimana Kerajaan Terengganu Melawan British yang Mahu menjajah Terengganu dengan cuba menghantar Penasihat yang pertama W.L Comlay pada tahun 1910. Sultan Terengganu ketika itu, Sultan Zainal Abidin III dibantu oleh Menteri Besar yang Hebat dan Ulama Hebat seperti Tok Ku Paloh melawan menggunakan Idea dan Diplomasi dengan mengkanunkan Perlembagaan Islam Terengganu Al Itqanul Muluk bi ta'dil li suluk.

Namun, setelah Sultan Zainal Abidin III mangkat, penggantinya Sultan Muhammad II yang sangat tegas dan keras dalam menangani politik British. Menyebabkan Sultan Muhammad mengalah dan letak jawatan sebagai Sultan, Ketika itulah BRITISH menang dalam politik halus dan diplomasi sehingga berjaya menempatkan Residen yang pertama J.L Humpreys.

Jadi, menjawab apakah PAS tak lawan UMNO.? PAS tidak terpengaruh dengan dakyah emosi yang sengaja diapi apikan dalam Politik Demokrasi supaya PAS dinampakkan huilang pertimbangan dan mereka yang jahat mengambil kesempatan dalam huru hara. PAS Melawan mereka yang menentang dan menyekat ISLAM dengan Ilmu diplomasi seni dan cara agresif ikut kenderaan.

PAS sentiasa mahu menegakkan ISLAM.

Ahmad Hakimi Othman adalah Ketua Dewan Pemuda PAS Kuala Selangor.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo