Oleh: Ameerul Haq
KUALA LUMPUR: Landskap politik negeri Selangor semakin mendapat perhatian pelbagai pihak dengan beberapa konflik yang berlaku.
Terkini, Ketua Pengarah Pilihanraya PAS Pusat;Dr Ahmad Samsuri mengadakan pertemuan bersama Tan Sri Khalid Ibrahim bagi membincangkan situasi masa depan politik di Selangor.
Mutakhir ini perubahan suasana rakyat Selangor sudah mula menampakkan kepincangan pentadbiran negeri bahkan krisis air yang berlaku juga menjadi sindiran di Dewan Parlimen hari ini.
Pertemuan tersebut menjadi satu bukti usaha PAS sentiasa bersedia untuk mentadbir Selangor jika diberikan mandat serta kepercayaan dalam PRU akan datang.
Komitmen PAS membawa aspirasi rakyat pada setiap segmen masyarakat telah disuarakan bersama pengamal media dan wartawan pada sesi sidang media hari ini di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut.