NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Azmin dakwa Amanah Selangor menipu, tak amanah


RAWANG: Pengerusi PKR Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali membidas Amanah negeri itu sebagai menipu serta tidak amanah kepada rakyat.

Azmin yang juga Menteri Besar Selangor berkata Amanah sepatutnya memberitahu umum bahawa Jawatankuasa Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH) Selangor negeri itu sudah bermesyuarat empat kali begi membincangkan isu agih kerusi.

"Amanah menipu. Apa yang Dr Mahathir kata adalah tiada jawatankuasa khas. Apa yang Dr Mahathir (Mohamad) kata adalah kita ada jawatankuasa yang ditubuhkan seperti negeri lain dan kita telah berjumpa empat kali.

"Amanah tidak berkata benar. Amanah tidak amanah. Kami sudah berjumpa empat kali kecuali nama jawatakuasa itu sebelum ini 'Jawatankuasa Pilihan Raya Negeri Selangor’ sekarang mereka mahu ubah kepada ‘Jawatankuasa Pengagihan Kerusi’, ahli jawatankuasa masih sama,” katanya kepada pemberita, di sebuah majlis di Masjid Taman Tun Teja, Rawang, hari ini.

Amanah Selangor sebelum ini mendesak agar PKR Selangor terutama Azmin agar patuh pada pengumuman Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad agar ditubuhkan satu jawatankuasa khas berhubung isu agih kerusi.

Ia susulan Pengarah Pilihan Raya PH Selangor, Dr Xavier Jayakumar bertegas mahu meneruskan rundingan itu menerusi Jawatankuasa Pilihan Raya PH Selangor - yang sudah mengadakan empat kali mesyuarat.

Perkara itu dibantah tiga parti komponen PH yang lain Amanah, PPBM dan DAP seraya mahukan satu jawatankuasa khas ditubuhkan untuk tujuan itu.

Azmin dalam pada bertegas mahu meneruskan rundingan agih kerusi sehingga keempat-empat parti komponen PH di Selangor mendapat konsensus.

“Kita sudah berjumpa empat kali bukan hanya untuk berbincang dengan pembahagian kerusi, tetapi juga isu lain berkaitan persediaan Pilihan Raya Umum ke-14.

“Sudah tentu rundingan kerusi adalah salah satu isu utama yang dibincangkan dalam jawatankuasa, tetapi malangnya kami belum capai konsensus empat parti dan saya rasa proses itu perlu diteruskan (sehingga capai konsensus),” kata Azmin.

“Jadi adil di Selangor, awak mahu tetapkan tarikh akhir atau awak mahu proses itu diteruskan hingga kita capai konsensus? Saya ingat kedua-duanya penting?” katanya.

Pengerusi Amanah Selangor, Ir Izham Hashim sebelum ini memberitahu Antarapos, PH Selangor diberi tempoh sehingga 7 Februari untuk memuktamadkan agihan kerusi, selepas gagal berbuat demikian pada 31 Januari lalu.--Antarapos


















________________ Penafian: 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
© all rights reserved
made with by templateszoo