NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Antara Shiela Majid dan M. Nasir



ANTARA SHEILA MAJID DAN M.NASIR

ROSLAN SMS

Tweet Ratu jazz negara Datuk Sheila Majid terus mencipta sensasi. Artis turut menyuarakan keluh-kesah rakyat khasnya berhubung kenaikkan kos hidup yang terus menekan dan mencengkam rakyat hari ini.

Tweet ini mendapat ulasan dan sokongan banyak pihak lantaran beraninya tegurannya.

Yang menarik perhatian saya tweet ini turut diulas bekas PM dan kini tokoh Agung PH:

"Satu per satu ikon Malaysia bersuara demi masa depan negara. Dari @fatiyalatiff , @aznilnawawiHM dan sekarang Sheila Majid. Anak muda khususnya kena berani kehadapan.
Masa depan terletak di tangan anda. Kalau bukan kita, siapa lagi?

Terima kasih @SheilaMajidhttps://t.co/xDv0t0EUeA"

— Dr Mahathir Mohamad (@chedetofficial) December 5, 2017

Anak-anak muda hari ini mungkin terhibur dengan ulasan Tun itu mungkin kerana mereka tidak kenal Tun semasa beliau PM selama 22 tahun dulu.

Sebenarnya dulu pun ada artis yang berani sebegini. Malangnya kerana Tun PM, artis itu menanggung musibah kerana berani sebagaimana Datuk Sheila hari ini.

Siapa artis itu?

Jangan tanya Tun kerana dia pasti lupa.

21 tahun dulu sekitar 1996 komposer dan artis yang masih popular hingga kini telah mengeluarkan kenyataan berkenaan Tun sebagai PM.

Apa berlaku?

Datuk M.Nasir telah digam di radio dan tv dan seluruh media perdana menyerang beliau sehingga ada pimpinan politik pro Tun ketika itu desak supaya M.Nasir dihalau ke negara asalnya Singapura.

Masih kah kau ingat Tun?

Tun dah 92 tahun mungkin lupa.

Syabas Datuk Sheila kerana berani ..... mujur Tun dah tak berkuasa.


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=572646053074735&id=100009880363600

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo