GEORGE TOWN: Cuaca buruk dan banjir kilat yang melanda Pulau Pinang sejak semalam telah meragut tiga nyawa.
Dalam kejadian pertama, seorang lelaki warga Bangladesh maut selepas kediamannya di Kampung Perlis, Jalan Assumption, Butterworth dihempap pokok besar yang tumbang akibat angin kuat malam tadi.
Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor memaklumkan, mangsa yang masih belum dikenal dentitinya ditemui dibawah rimbunan pokok yang tumbang dan disahkan telah meninggal dunia.
Sementara itu, di bahagian Pulau, dua warga emas ditemui lemas di dalam rumah mereka di dua lokasi berasingan iaitu di Kampung Masjid dan Jalan P Ramlee.
Komander Operasi Kanan Zon 1 Negeri, Andul Rahman Norudin berkata, mangsa pertama adalah seorang wanita berusia 80-an yang ditemui pada jam 6.30 pagi di sebuah rumah orang tua di Jalan P Ramlee.
Sekurang-kurangnya 18 pusat pemindahan banjir sementara dibuka di tiga daerah di Pulau Pinang setakat jam 2 pagi tadi bagi menempatkan hampir 400 mangsa banjir kilat yang melanda negeri itu sejak petang Sabtu.
Pusat pemindahan itu masing-masing lima di daerah Barat Daya , 11 di Seberang Perai tengah manakala dua di Seberang Perai Utara.
Antara kawasan yang terjejas banjir ialah sekitar kawasan Bayan Lepas, Pulau Betong, Teluk Bahang, Seberang Jaya,Ppenanti, dan Tasek Gelugor.
Seramai 108 pesakit, termasuk empat bayi yang baru lahir di Hospital Pulau Pinang (HPP) dipindahkan ke wad lebih selamat selepas wad yang menempatkan mereka dinaiki air, pagi tadi.
Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Datuk Dr Sukumar Mahesan, berkata hujan lebat sejak petang semalam terlebih dulu menyebabkan beberapa kawasan berhampiran hospital berkenaan dilanda banjir.
Katanya, antara kawasan yang dinaiki air adalah Unit Pengangkutan, tingkat bawah Blok C dan Blok D serta empat wad pesakit termasuk Wad Rawatan Rapi Neonatal.
"Berikutan itu, pesakit termasuk bayi dipindahkan antara jam 2.30 pagi hingga 5.30 pagi tadi. Tiada kejadian tidak diingini berlaku dan semua pesakit mendapat rawatan sewajarnya," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.
JOHOR BAHRU – Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar pihak yang menuduh PH dan DAP mengadaikan kepentingan Melayu...
HIJAU.FM...
UMNO telah dijangkiti virus DAP
Zahid demi nyawa sanggup gadai Melayu..
1 MEDIA.TV
Penganalisis Politik Tidak Berada Dalam ‘Padang’ – Ahmad Samsuri Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menepis dakwaan penganalisis politik bahawa kerajaan negeri yang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan parlimen bakal berdepan kekalahan.