NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pemimpin Sarawak tidak gembira dengan cara UMNO urus Retreat BN?


KUCHING: Latar belakang pentas yang didakwa hanya memaparkan pemimpin tertinggi UMNO sahaja ternyata mengundang rasa tidak senang hati pemimpin komponen BN lain.

Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri Datuk Amar James Masing (gambar) yang dihubungi berkata, malahan taklimat yang diberikan hanya oleh pegawai UMNO mengenai jentera untuk PRU14.

Beliau mendakwa seluruh program yang diadakan condong ke arah UMNO yang mewujudkan rasa tidak senang dikalangan parti komponen BN lain.

"Pada saya dalam isu ini, UMNO seharusnya inklusif dengan mengambil kira bahawa BN adalah masih ada komponen lain yang perlu dilihat.

"Bagi pihak saya, saya sendiri sememangnya tidak senang hati dengan bahan (latar belakang pentas) digunakan itu yang seolah-olah memberi pandangan bahawa ia hanya berkisarkan kepada UMNO (UMNO centric)," katanya ketika dihubungi Utusan Borneo di sini, tadi.

Masing yang juga Timbalan Ketua Menteri antara pemimpin BN Negeri yang menghadiri Pemukiman Jentera Barisan Nasional (BN) PRU14 yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur pagi, tadi.

Dimaklumkan pada program itu Perdana Menteri juga Pengerusi BN Pusat turut berucap sempena merasmikan Pemukiman yang diadakan itu.

Tegasnya latar belakang pentas yang hanya memaparkan pemimpin tertinggi UMNO juga seolah-olah presiden parti komponen lain hanya sekadar hiasan sahaja.

"Tiada presiden parti komponen lain seakan-akan yang lain hanya bunga dinding untuk sekadar hiasan. Jadi kami tidak begitu gembira (senang hati)," ujarnya.

Ditanya mengenai dakwaan ada segelintir pemimpin BN yang hadir turut meninggalkan pemukiman berkenaan, beliau menyifatkan mungkin mereka perlu menghadiri majlis lain.

"Saya tidak boleh menyatakan bagi pihak lain, kita tidak tahu mereka keluar mungkin ada sebabnya sama ada menghadiri majlis atau sebagainya

"Namun pada saya, saya hanya tidak senang hati (bahan)," tegasnya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Dr Sim Kui Hian, dan Setiausaha Agung Parti Demoratik Progresif (PDP) Anthony Nogeh Gumbek, ketika dihubungi, enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan berkenaan.

Sumber: http://www.utusanborneo.com.my/2017/10/21/mengapa-cuma-gambar-umno-masing
© all rights reserved
made with by templateszoo