NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kebakaran Tahfiz Seluruh Negara, Khianat atau Khianat Terancang?



Apabila Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) mengeluarkan kenyataan berkenaan kewujudan dua tong gas di pintu masuk pusat Tahfiz Ittifaqiyyah, Kampong Dato’ Keramat yang terbakar semalam dan menyatakan pihak mereka akan turut menyiasat dari sudut perbuatan khianat, netizen mula berkongsi pengalaman dan rasa syak yang sama. 

Beberapa orang pelajar dari beberapa buah sekolah tahfiz yang pernah mengalami pengalaman yang sama berkongsi peristiwa bagaimana pusat tahfiz tempat mereka belajar suatu ketika dahulu, cuba dikhianat secara khianat pembakaran dengan modus operandi mencurah petrol dan mencetuskan api pada tengah malam. 

Dengan statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang menunjukkan terdapat lebih 211 sekolah tahfiz terbakar dalam tempoh 2015 hingga 2017, apa yang merisaukan ialah, kemungkinan bahawa terdapat elemen perbuatan khianat terancang oleh mana-mana individu atau kumpulan ekstrim dengan motif-motif tertentu terlibat dengan perbuatan seumpama ini. 

Pihak berkuasa juga harus mengambil perhatian serius untuk melihat sudut penyiasatan dan tidak menolak untuk menyiasat kejadian lebih 211 kebakaran pusat tahfiz di seluruh negara ini, di bawah kategori perbuatan khianat terancang. 

Sudah tiba masanya pusat-pusat pengurusan sekolah tahfiz melipatgandakan aspek keselamatan dan kawalan keselamatan supaya kejadian yang sama tidak berulang. 

© all rights reserved
made with by templateszoo