Home Terkini 'Covid-19' 'PASleak' Administrator

1Media.My

TEPAT. TELUS. TERKINI.

Powered by Blogger.

Mega Menu

  • HOME
  • NASIONAL
    • Nasional
    • Umum
    • Negeri
    • Borneo
  • GLOBAL
    • GLOBAL
    • Dunia Islam
  • POLITIK
    • PN
    • PAS
    • BERSATU
    • UMNO
    • PH
    • PKR
    • DAP
    • PAN
  • NGO
    • UMMAH
    • KONGRES RAKYAT
    • ABIM
    • PEMBELA
    • MUSLIM CARE
  • SOSIOBUDAYA
    • Sosial
    • Ekonomi
    • Pendidikan
    • Undang-Undang
    • Keluarga
    • Sastera
    • Budaya
  • GAYA HIDUP
    • Seni
    • Kesihatan
    • Sukan
    • Tips
    • Travel
  • KOLUMNIS
    • Sahimin Mustafa
    • Samhani
    • Shuhaimi Al -Maniri
    • Syahir Sulaiman
    • Umum
    • Open Minda
    • Minda Kiri
  • TEKNOLOGI
  • SUKAN
    • Leadership
    • History
    • Locations
  • India
    • Undergraduate
    • Masters
    • International
  • sports
    • Undergraduate
    • Masters
    • Footballers
  • France
    • Social Media
    • Masters
    • International
  • Europe
    • Brexit Law
    • Masters
    • Historians
  • Britian
    • Postgraduate
    • Masters
    Opinions

TRENDING

  • Asal-Usul Nama MALAYSIA dan Apa Maknanya?
  • Hubungan kian tegang
  • A Non-Malay View: “Reverse Discrimination - Why The Dec 08 Peaceful Assembly Is Important For The Malaysia
  • Myanmar dakwa tidak wujud Rohingya
  • Tun M, Muhyiddin jadi orang tengah satu kegagalan
  • Islam & Tanah Melayu seperti tidak boleh berpisah lagi.
  • Himpunan 812 (Bantah ICERD): Amanat Tun Abdul Hamid Mantan Ketua Hakim Negara
  • 31 Ogos: Hari Kemerdekaan Atau Hari Kebangsaan?
  • Melayu Bangkitlah! Sampai bila nak diam diri?
  • DAP dapat kuasa senyap-senyap potong dan mansuhkan bajet pendidikan orang Melayu

NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......
KOMENTAR

Kita teruk dijajah China selepas 60 tahun merdeka?

Post Oleh : Pena rakyat pada 8/14/2017 05:10:00 pm
Share Tweet Share to Pinterest Email This


Oleh: ABDUL MUEIN ABADI
14 OGOS 2017

TIADA siapa mampu nafikan bahawa isu yang paling kencang bertiup menjelang sambutan kemerdekaan negara ke-60 kali ini ialah ‘penjajahan China’. Berikut analisis 19 isu yang perlu diberi perhatian.

1. Isu hartanah: persepsi ini agak ketara dikaitkan dengan projek di Johor dan di Melaka. Demikianlah projek ‘Shenzen Malaysia’, serta skim seperti Malaysia My Second Home (MM2H). Pemberian status pegangan bebas ‘freehold’ kepada warga China dipersoalkan kerana warga tempatan sendiri tidak mampu untuk memiliki aset hartanah. Keadaan ini juga bakal mengimpak struktur demografi penduduk negara kelak. Kerajaan Malaysia perlu campur tangan secara agresif dalam menghadapi isu pemilikan hartanah asing ini.

2. Isu Bank China: persepsi bahawa Bank China seperti Export-Import Bank of China (Exim Bank) memiliki peranan besar dalam penentuan beberapa keputusan melibatkan projek infrastruktur di Malaysia di mana syarat pelantikan kontraktor ditetapkan agar memberi kelebihan dan keutamaan hanya kepada para kontraktor China tidak kurang hebatnya. Rakyat Malaysia juga perlu membayar hutang projek pembangunan yang dibiayai pinjaman Bank China ini. Sewajarnya dari awal lagi sumber pembiayaan alternatif lain turut dipertimbangkan seperti Bank Pembangunan Asia (ADB) atau pun Bank Pembangunan Islam (IDB).

3. Isu kontraktor China: Malaysia tidak kekurangan pakar dan kemahiran bagi membina infrastruktur berskala besar seperti syarikat Gamuda, IJM, dan sebagainya. Maka sekali pun kontraktor seperti IJM diberi peluang bekerjasama dengan Beibu Gulf Port Group (China) dalam projek pelabuhan Kuantan, namun pihak kerajaan perlu lebih agresif mengusahakan agar lebih banyak kontraktor Malaysia mendapat peluang dan manfaat berbanding kontraktor China dalam pembinaan aset strategik negara.

4. Isu Nelayan China: pihak Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) serta khususnya Menteri di Jabatan Perdana Menteri seperti Datuk Seri Shahidan Kasim sendiri telah berulang kali memberi amaran akan penjajahan para nelayan asing (termasuklah dari China) di Zon Ekonomi Eksklusif milik Malaysia. Selain daripada bantahan diplomatik yang lebih signifikan, pemerkasaan aset seperti radar dan kapal peronda perlu diberi keutamaan.

5. Isu Pulau Buatan China: Perkembangan pesat pembinaan pulau-pulau buatan China di Kepulauan Spratly tidak boleh dinafikan memberi impak kepada perkiraan strategik (strategic calculation) Malaysia di Laut China Selatan. Meski pun tidak berada dalam perairan Malaysia secara langsung, namun kelengkapan ketenteraan yang semakin canggih dan semakin banyak ditempatkan di sana pastinya menggugat kestabilan rantau ini.

6. Isu Sembilan Garis Terpecah: Peta yang diterbitkan China pada 2009 ini jelas menceroboh Zon Ekonomi Malaysia (ZEE) di mana Garis Keempat menceroboh perairan Bintulu dan Miri di Sarawak manakala Garis Kelima menerobos jauh dari perairan berhampiran Beaufort, Papar, Kota Kinabalu, Kota Belud, dan Kudat, Sabah. Dialog Konstruktif perlu diteruskan oleh Malaysia agar China memahami bahawa ianya adalah lebih bermanfaat untuk China melindungi kepentingan mereka di Laut China Selatan menerusi kerjasama ketenteraan bilateral dengan negara-negara Asia Tenggara, dan bukannya dengan cara cuba membolot Laut China Selatan.

7. Isu alam sekitar: Dominasi syarikat China dalam projek ECRL menimbulkan persoalan dari segi pemantauan terhadap penjagaan alam sekitar di kawasan yang terlibat. Terkini, beberapa badan bukan kerajaan (NGO) telah menyerahkan memorandum bantahan berhubung keperluan laporan penilaian impak alam sekitar (EA) projek ECRL ini terutama sekali hakikat bahawa Banjaran Titiwangsa bakal direntasi dalam projek ini.

8. Isu Tenaga: Edra Energy iaitu aset penjana tenaga milik syarikat 1MDB yang berjaya dibeli syarikat China juga dianggap bakal menjadi pemain industri tenaga yang utama di Malaysia. Meskipun kerajaan memberi jaminan bahawa TNB masih merupakan aktor yang bertanggungjawab dalam penentuan kadar tenaga (elektrik) dalam negara, namun senario sebegini perlu diperbetulkan kembali demi meraih keyakinan rakyat. Perancangan ke arah mengambil alih Edra kembali ke pangkuan milik kerajaan mahu pun swasta di Malaysia perlu dimulakan.

9. Isu pelabuhan Malaysia: Syarikat China telah memiliki pegangan dalam beberapa projek pembinaan pelabuhan strategik negara seperti Pelabuhan Kuantan di Pahang dan Melaka. Meskipun pembinaan pelabuhan ini cukup penting bagi meningkatkan kapasiti pelabuhan negara yang setakat ini ditampung Pelabuhan Klang dan Tanjung Pelepas sahaja, namun ia tidak seharusnya dilihat eksklusif memanfaatkan China semata-mata sedangkan dalam masa yang sama memencilkan kuasa pasifik lain seperti Jepun dan Korea Selatan yang turut sepatutnya diundang kerana kebergantungan yang sama kepada laluan yang sama.

10. Isu automotif: Penjualan pegangan 49.9 peratus Proton kepada Geely dari China masih belum menunjukkan impak signifikan. Sebaliknya produk Geely iaitu ‘Boyue’ pula yang cuba dipasarkan di Malaysia. Sepatutnya Proton yang diutamakan untuk diberi akses ke China dan juga negara operasi Geely yang lain di seluruh dunia, di samping mengemukakan perancangan ampuh jangka panjang untuk kemajuan automotif negara.

11. Isu Sosiobudaya: Antara tanda-tanda isu ini tidak boleh dipandang enteng adalah apabila Duta China ke Malaysia Dr. Huang Huikang membuat kenyataan tentang kepentingan kaum Cina di Jalan Petaling. China turut mengeluarkan kad khas buat orang China di seberang laut. Meski pun Malaysia tegas dalam isu kewarganegaraan, isyarat perlu diberi kepada Beijing bahawa urusan dalaman negara Malaysia – sekali pun melibatkan mereka yang berketurunan Cina – tidak boleh diizinkan kepada campur tangan China.

12. Isu Bahasa Mandarin: sepatutnya China tidak mengulangi hegemoni kuasa-kuasa Barat yang mengutamakan Bahasa ibunda mereka semata-mata tanpa penghormatan kepada Bahasa ibunda negara-negara lain, terutama sekali negara kecil. Pemimpin Malaysia pula perlu memberi penekanan pada Bahasa Melayu sebagai Bahasa antarabangsa dan menganjurkan order multipolar bukan hanya dalam konteks politik, tetapi juga dalam konteks Bahasa.

13. Isu akses Maklumat: kebanyakan projek berskala gergasi China di Malaysia sukar untuk dikaji kerana kekurangan akses maklumat terbuka yang boleh dicapai secara atas talian. Hal ini pastinya membimbangkan kerana terdapat beberapa kes di mana syarikat milik China ini didapati bermasalah dalam pengurusan projek di negara-negara lain seperti China Communication Construction Company (CCCC).

14. Isu aset Ketenteraan: keputusan Malaysia untuk membeli empat kapal laut dari China bagi tujuan ketenteraan turut mengundang pertimbangan yang lebih mendalam. Hal ini demikian kerana kapal milik tentera China diketahui sering ‘berkonfrontasi’ dengan TLDM di ZEE milik Malaysia seperti yang pernah dialami KD Kedah tidak berapa lama dahulu. Sewajarnya syarikat anak tempatan diberi keutamaan penuh dalam projek aset strategik negara ini.

15. Isu Jentera China: projek pembangunan infrastruktur di Malaysia juga tidak dapat dinafikan bakal diusahakan oleh jentera-jentera berat dari China. Tiadakah syarikat milik anak tempatan yang boleh diberi peluang bagi menyediakan kemudahan jentera ini? Kerajaan Malaysia perlu mempertimbangkan langkah yang boleh memberi manfaat kepada kontraktor serta jentera yang dioperasikan anak tempatan.

16. Isu Teknologi China: setakat ini boleh dikatakan tiada hitam putih yang jelas diisytiharkan tentang manfaat pemindahan teknologi dari China yang boleh memanfaatkan kapasiti syarikat atau agensi milik awam Malaysia di bawah projek-projek infrastruktur di Malaysia.

17. Isu peluang pekerjaan: projek-projek gergasi China di Malaysia turut membawa bersama para buruh dari tanah China. Malah baru-baru ini luas tersebar syarat pengambilan kerja yang melibatkan beberapa posisi dalam projek pembangunan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang hanya menerima pekerja yang boleh berbahasa Mandarin sahaja. Kerajaan Malaysia perlu mengambil serius isu ini agar diskriminasi sebegini tidak berterusan.

18. Isu Import China: kadar kebergantungan serta hubungan perdagangan yang pesat dengan China turut menimbulkan kebimbangan. Meski pun China merupakan rakan dagang utama Malaysia, namun potensi untuk berlakunya pengurangan eksport kita ke China serta lambakan import yang memudaratkan dari China tidak boleh dipandang mudah. Maka Malaysia perlu untuk menambah nilai dalam produk eksport ke China dan dalam masa yang sama mempelbagaikan destinasi import agar kebergantungan kepada import China dapat dioptimumkan.

19. Isu peluang anak negeri: Projek ECRL dikatakan bakal memberi faedah kepada para penduduk di sekurang-kurangnya tiga negeri iaitu Kelantan, Terengganu, dan Pahang. Namun demikian, anak negeri di ketiga-tiga negeri tersebut kurang diberi peluang yang sepatutnya dalam proses pembinaan ECRL ini. Anak negeri Pantai Timur juga sepatutnya dilibatkan secara lebih intensif dan pada peringkat yang tertinggi dalam pembuatan keputusan berkaitan projek ECRL ini, bukannya hanya sekadar menjadi pemerhati atau mendapat peluang kerja yang ibarat ‘melukut di tepi gantang’ semata-mata.

Abdul Muein Abadi, Penulis ialah Pensyarah Program Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
KOMENTAR
Newer Post Older Post Home

Search This Blog

Followers

Petua & Tips

Lihat seterusnya »

SAHAM AKHIRAT...



BANTU KAMI untuk menjayakan pendidikan Islam yang syumul daripada pendidikan awal.....

MESTI BACA...

KOMENTAR,ULASAN,ARTIKEL

MINDA

MINDA PRESIDEN, 5

KENYATAAN

KENYATAAN MEDIA, 5

FOKUS ISU...

Kedah berisiko berdepan tuntutan ganti rugi pengusaha premis judi

BANGI, 13 RABIULAWAL — Kerajaan Kedah tidak menolak kemungkinan berdepan tuntutan ganti rugi bernilai ratusan juta ringgit daripada pengusah...

HIJAU.FM...

UMNO telah dijangkiti virus DAP

UMNO telah dijangkiti virus DAP
Zahid demi nyawa sanggup gadai Melayu..

1 MEDIA.TV



Penganalisis Politik Tidak Berada Dalam ‘Padang’ – Ahmad Samsuri
Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menepis dakwaan penganalisis politik bahawa kerajaan negeri yang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan parlimen bakal berdepan kekalahan.

ULASAN

Lihat seterusnya »

JENAYAH

Lihat seterusnya »

ARCHIVE

MEDIA SOSIAL..

12,740 Likes
5,600 Fans
340 Followers
1360 Followers

KATEGORI

FLASH NEWS (8608) POLITIK (7763) BERITA (6650) NASIONAL (5574) KOMENTAR (2514) GLOBAL (1767) KESIHATAN (1225) TERKINI (1132) NEGERI (997) EKONOMI (919) 1MediaTV (864) SUKAN (718) TEKNOLOGI (681) AGAMA (671) PAS (614) SEMASA (592) MAHKAMAH (570) JENAYAH (436) ARTIKEL (416) BORNEO (372) PENDIDIKAN (354) PENDAPAT (315) NGO (300) UNDANG-UNDANG (282) ENGLISH (173) HIBURAN (136) SEJARAH (102) UMUM (98) KENYATAAN MEDIA (97) MINDA PRESIDEN (96) ULASAN (91) GALERI (84) SOSIAL (83) TIPS (67) SURAT PEMBACA (63) WANITA (50) DUNIA ISLAM (46) GOSIP (34) MOTIVASI (33) SASTERA (30) BUDAYA (21) ASIA (13) INFO (12) TEMUBUAL (12) ASEAN (9) FIKRAH (9) KELUARGA (8) RESEPI (6)

FIKRAH PERJUANGAN...

PAS SANA SINI...

AKTIVITI NGO...

KESIHATAN

Blog List I

  • Suara Merdeka
    “Kita Warga Malaysia” semarak sambutan Hari Kebangsaan
    11 hours ago
  • Suara Merdeka
    “Kita Warga Malaysia” semarak sambutan Hari Kebangsaan
    11 hours ago
  • BANkami Blog
    Isteri Dipecat Momoyo Kerana Solat? Momoyo Tampil Penjelasan?
    1 day ago
  • Online News
    Penduduk Kampung Gempar Seekor Gajah Muncul
    1 week ago
  • Samudera.my
    Perceraian Sivil di Malaysia: Perkara yang Ramai Tak Beritahu Anda
    4 months ago
  • Mohd Sulaiman Othman
    Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin
    5 months ago
  • Shahbudin
    MALAPETAKA TERUS MENIMPA BERSATU, HAMPIR 30 BAHAGIAN BUBAR
    6 months ago
  • Malaysia Today
    Peguam Negara kalah pusingan pertama kes titah adendum Najib diteruskan.
    1 year ago
  • Sarawakvoice.com
    hiso88 แหค่ąø‡ąø£ąø§ąø”ą¹€ąøąø”ąøžąø™ันออนไคน์ยอดนิยด ąø„ąø£ąøšąø—ุกบริการที่คนไทยไว้ใจ
    1 year ago
  • APA YANG TERSIRAT ONLINE
    MENGHINA TYT SABAH ADALAH JENAYAH.
    1 year ago
  • Media Orang Kampung
    Lelaki tular tampar isteri ditahan pagi tadi
    1 year ago
  • Ibnu Hasyim
    1 year ago
  • Info Rakyat
    Si bulus tiba-tiba terlebih manja ,Ini mungkin petanda tak baik pemilik kucing perlu tahu
    1 year ago
  • AMALmedia
    850 petugas HATTM terima pek makanan berbuka puasa
    2 years ago
  • tumpang sekole...?
    KK Mart -- Why the anger towards the Chinese community...
    2 years ago
  • WartaRakyat
    MIC tidak anggap orang India ‘king maker’ dalam PRK Pulai
    2 years ago
  • KOREK, BONGKAR, DEDAH
    BALACI HAMZAH ZAINUDDIN CUBA PERDAYA PENYOKONG ‘BOSSKU’
    3 years ago
  • The Third Force
    Kes fitnah: Sanusi saman Saifuddin isu REE, MARRIS
    3 years ago
  • CATATAN ZABIDI
    KPT TAK MINAT KAWAL UNIVERSITI
    3 years ago
  • The Reporter
    Pembantu jurulatih selam skuba cabul pelancong China di perairan Semporna, ditahan polis
    3 years ago
  • LanH14
    Ramadan 9, 1444: Awak mati atau tak, dunia tetap berpusing...
    3 years ago
  • Utama Daily
    Amalan Mat Kilau yang boleh diikuti masyarakat
    3 years ago
Show 6 Show All

ARTIKEL

PENDAPAT

KOMENTAR

SURAT PEMBACA

Blog List II

  • Malaysia Dateline
    Mulai 1 September, BUDI MADANI naik 300 liter, ini antara bantuan baharu diumum Anwar
    3 hours ago
  • The Capital Post
    Fahmi Fadzil attends full National Day 2026 rehearsal in Putrajaya
    4 hours ago
  • MYKMU.NET
    Lelaki tanam cili terpanjang dunia
    9 hours ago
  • KERENGGA
    Kelantan: Kon berselerak, jalan rosak punca sesak 20km
    15 hours ago
  • JalinLuin.com
    25 Penaja Ketua Bahagian PGRS Baharu Dilantik Mengikut Parlimen
    1 day ago
  • Permadu Malaysia
    Cuti
    1 day ago
  • Tun Carlos
    Saravanan didakwa terima RM1.097 juta
    2 days ago
  • MSO
    Golongan ulama bangkit menjawab Hadi
    1 week ago
  • rocky's bru
    Defamation suit is not necessarily an attack on press freedom, on the contrary ...
    1 week ago
  • BuzzKini
    5 Ways to Reach Sepang F1 2026 (Skip the ELITE Highway Jam)
    4 weeks ago
  • Beautifulnara
    Foto Mesra & Perbualan Bella Bersama Muaz Kembali Tersebar, Ini Respon Abang YB Syed Saddiq – “Tiada Siapa Kisah…”
    1 month ago
  • Suara.TV
    DAP hadapi cabaran sengit BN di kawasan tradisi
    1 month ago
  • Jasduit
    Keupayaan berfikir dan memahami logik asas yang sedang merudum ke bawah
    4 months ago
  • Tempoyak.Net
    Rummy East
    8 months ago
  • Helen Ang
    Umno today, Umdap tomorrow
    8 months ago
  • Editor Malaysia
    Hello world!
    1 year ago
  • MH Daily
    Suami tak bagi nafkah duit poket tapi ajak kongsi bayar komitmen bulanan, … ini penjelasan Ustaz
    1 year ago
  • Gemilang Daily
    Kerana peluang pekerjaan, rakyat Indonesia luah hasrat mahu pindah ke Malaysia
    1 year ago
  • asamboi.net
    Kerja siapa rosakkan 12 kubur
    2 years ago
  • ODISI
    Putri Ariani, Penyanyi Istimewa Indonesia Yang Gegarkan Hati Simon Cowell America’s Got Talent
    3 years ago
Show 6 Show All

TEKNOLOGI

PENDIDIKAN

SUKAN

HIBURAN

Blog List III

  • MalaysiaKini
    Banjir Nepal,Tibet: Angka korban cecah 750, lebih 3,000 masih hilang
    2 hours ago
  • Buletinonlines.net
    Takiyuddin: Bersatu Remains PN Component Party Despite PAS Rift
    4 hours ago
  • HarakahDaily
    Lalu lintas P Pinang sesak teruk, rakyat makin terbeban
    4 hours ago
  • WARTAWAN RASMI LR
    SANUSI.. DENGAQ NI...HANG TU BODO NAK MAMPOIH... ZAMAN HANGPA JADI KERAJAAN HANGPA PENAIK 22 KALI.. PADA HAI CINA GUAN ENG TURUN KE 8 KALI.. AWAT HANG TAK DOA BAGI PECAH PERUT SAPA SAPA KA.
    6 hours ago
  • MyNewsHub
    Lebih 15,000 Umat Islam Hadir Malam Melaka Berselawat
    6 hours ago
  • Utusan Malaysia
    Jerebu: Serian, Samarahan catat IPU tahap bahaya
    10 hours ago
  • Utusan Malaysia
    Jerebu: Serian, Samarahan catat IPU tahap bahaya
    10 hours ago
  • DayakDaily
    RM170 mil Jalan Menalun-Sungai Poi project eyes 2030 completion
    11 hours ago
  • Free Malaysia Today (FMT)
    Pengunjung sambutan Hari Kebangsaan dinasihat pakai pelitup muka N95
    1 day ago
  • Kosmo Digital
    Banjir Nepal: 2 rakyat Malaysia berjaya dikesan, 55 masih belum dapat dihubungi
    1 day ago
  • PAHANG DAILY
    Kerajaan Negeri Mahu Penyelesaian Jangka panjang Berasaskan Kajian Menyeluruh Tangani Isu Sungai Pahang Yang Semakin Cetek
    1 day ago
  • Amanz
    AEON Bank Kini Menyokong Google Pay
    2 days ago
  • Amanz
    AEON Bank Kini Menyokong Google Pay
    2 days ago
  • MalaysiaNow
    Selepas Ismail, giliran Saravanan: Pengkritik Anwar ke kandang tertuduh sambil diraikan penyokong PH
    2 days ago
  • MasKulin
    UNIQLO Lancar LifeWear Week, Koleksi Musim Luruh/Dingin 2026 Tampil Dengan Sentuhan Paris & 10 Tahun Uniqlo U
    2 days ago
  • Air Times News Network
    Pertahanan maritim moden di Laut China Selatan: Sejauh mana kesediaan Malaysia?
    2 days ago
  • Air Times News Network
    Pertahanan maritim moden di Laut China Selatan: Sejauh mana kesediaan Malaysia?
    2 days ago
  • The Malaya Post
    Kita baca berita, atau kita sedang dibaca Algoritma?
    1 week ago
  • VOCKET
    Dua Gol Bellingham Pastikan England Melangkah Ke Separuh Akhir
    1 month ago
  • ISMAweb
    BANTUAN BINGKAS RM300 SEBULAN – SEMAK KELAYAKAN & MOHON SEGERA
    11 months ago
  • MalaysiaGazette
    Lelaki miliki 37 rekod jenayah samun kedai runcit ditahan
    1 year ago
  • Anak Sungai Derhaka
    Kabinet Bayangan Perlu Untuk Elak Kerajaan Syok Sendiri
    2 years ago
  • Cinca
    Buruh didakwa rogol, liwat tiga anak berumnur 13,12, dan 9 tahun
    3 years ago
Show 6 Show All

MAHKAMAH

AGAMA

EKONOMI

WANITA

PENAFIAN

1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

USER ONLINE...



HITS

Mulai 27/11/2022

IP

symptom checker espaƱol

TOTAL PAGEVIEWS..

© all rights reserved
made with by templateszoo