NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

AS failkan saman rampas hartanah dibeli guna dana 1MDB di London



Skandal kewangan rentas negara melibatkan 1MDB mempunyai perkembangan terbaru apabila Jabatan Kehakimana Amerika Syarikat dilaporkan memfailkan saman merampas hartanah di London. – Gambar fail The Malaysian Insight, 13 Mei, 2017

KERAJAAN Amerika Syarikat mula bertindak untuk merampas kondominium mewah di London yang didakwa dibeli menggunakan dana 1Malaysia Development Bhd,lapor Wall Street Journal.

Ahli perniagaan Low Taek Jho, yang lebih dikenali sebagai Jho Low, menggunakan £77 juta (RM416 juta) dari 1MDB untuk membiayai pembelian kondominium mewah, bangunan pejabat dan sebuah pangsapuri di Stratton Street, kata Amerika Syarikat hari ini.

Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) memfailkan saman pada 7 Jun untuk merampas hartanah itu yang dikatakan dibeli menggunakan dana 1MDB.

DoJ juga memfailkan saman pada Julai 2016 untuk merampas lebih kurang AS$1 bilion (RM4.4 bilion) aset- seperti hasil seni dan hartanah di New York dan Los Angeles- yang dipercayai dibeli menggunakan wang yang dirompak daripada 1MDB, menjadikan ia kes terbesar menerusi Inisiatif Penyitaan Aset Kleptokrasi (KARI).

Low, menurut DoJ, ialah susuk utama dalam sebuah plot yang didakwa merompak berbilion wang daripada dana pelaburan Malaysia itu. Dia dipercayai menjadi orang kepercayaan Perdana Menteri Najib Razak yang didakwa individu di sebalik gelaran “Malaysian Official 1” yang disebut DoJ dalam saman yang difailkan Julai tahun lepas.

Pejabat di Mayfair, yang dibeli dengan nilai £42 million pada 2014, ialah ibu pejabat Myla, syarikat pakaian dalam Britain yang dimiliki Low, kata jabatan itu.

“Low membeli kepentingan di kondominium mewah dan pangsapuri Stratton menggunakan dana 1MDB,” kata DoJ.

“Low menggunakan dana yang dikenalpasti berpunca daripada 1MDB yang disalah urus untuk membeli pejabat di Stratton,” WSJ memetik kenyataan pemfailan itu.

April lepas, penyelesaian timbang tara antara 1MDB dan dana Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company (IPIC) berjaya dilakukan di London.

“Menerusi terma penyelesaian itu, IPIC akan menerima AS$602.7 juta menjelang 31 Julai 2017 dan bayaran seterusnya sebanyak AS$602.7 juta menjelang 31 Disember 2017,” kata IPIC.

Kedua-dua pihak akan meneruskan perbincangan sehingga Disember 2020 tentang AS$3.5 bilion yang berkaitan dengan dua bon, dan tiada tindakan undang-undang akan dilakukan.

Juga dilaporkan bulan lepas yang bekas ketua syarikat minyak milik Emiriah Bersatu IPIC sedang berusaha sedaya upaya untuk mencari mereka yang bertanggungjawab mendedahkan maklumat mengaitkannya dengan skandal 1MDB.

Khadem Al Qubaisi yang merupakan pengarah urusan IPIC dilepaskan daripada jawatan serta merta pada April tahun lepas selepas kerugian 1MDB tidak dapat disembunyikan lagi daripada pengetahuan Abu Dhabi pada 2015.

Di bawah pentadbiran Khadem, IPIC memberikan jaminan bon 1MDB bernilai AS$3.5 bilion pada 2012. IPIC sejak itu sudah berjaya mendapatkan penyelesaian timbang tara dengan 1MDB di London.

Tetapi bagi Khadem pula, semuanya bermula pada 2015 apabila dia sedaya upaya mencari dua lelaki yang cuba memeras ugutnya supaya membayar AS$60 juta sebagai balasan mereka tidak mendedahkan maklumat tentang 1MDB.

Bagaimanapun, menurut laporan Intelligence Online, dua lelaki tersebut, bekas setiausaha peribadinya berketurunan Perancis-Algeria Racem H dan bekas pekerja Khadem rakyat Perancis-Israel Albert L sudah memfailkan aduan di Paris dan Algiers menuduhnya cuba mendiamkan mereka. – 13 Jun, 2017.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo