NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Siapa sebenarnya yang buka Pulau Pinang




Ditulis oleh: Abu Iqbal

18 MEI 2017, Batu Uban- Program Sembang Buku yang bertajuk Batu Uban Sejarah Awal Pulau Pinang yang dianjurkan oleh sebuah NGO TEROKA (Pertubuhan Warisan Tanah & Teroka Bandar), berjaya menarik golongan pemuda dan masyarakat yang menetap di Batu Uban. Program ini diisi dengan sesi pembentangan buku Batu Uban Sejarah Awal Pulau Pinang oleh Saudara Zikrullah Ismail.

Melalui pembentangan beliau, saudara Zikrullah telah mendedahkan beberapa fakta yang tidak diketahui umum tentang negeri Pulau Pinang. Diantara fakta tersebut ialah sejarah Pulau Pinang bukan hanya bermula selepas kedatangan Francis Lights pada 1786 seperti yang ditonjolkan dalam kebanyakan buku sejarah. Sejarah penempatan awal Batu Uban mengikut beberapa sumber adalah seawal hujung tahun 1720an.


Penonjolan sejarah begini adalah disifatkan oleh Penulis buku, Prof Dato Dr Ahmad Murad Merican sebagai Eurosentrik yang bersifat memenuhi agenda kolonial British.
Iaitu di mana naratif tempatan yang merupakan sumber lisan sebagai sejarah tidak ditonjolkan . Bahkan disisih oleh penulis-penulis sejarah luar dan yang lebih menyedihkan ia disisihkan oleh penulis dan sejarahwan alam melayu sendiri.



Akibatnya kesedaran sejarah dikalangan rakyat, pihak berwajib , kerajaan , parti-parti politik dan masyarakat Melayu Pulau Pinang khususnya pada tahap yang amat daif , pembangunan yang dibuat telah mengorbankan nilai warisan sejarah Kg Batu Uban sebagai penempatan terawal penduduk Pulau Pinang sebelum kedatangan Francis Lights.

Di samping itu , tekanan politik oleh pihak tertentu yang rakus telah menggadaikan warisan sejarah semata-mata keuntungan dalam pasaran hartanah di Pulau Pinang.

Program ini turut dihadiri oleh Saudara Dr Mohd Zabidi selaku Pengerusi TEROKA. Dalam ucapan tersebut beliau menekankan tentang 3 perkara yang wajib dilakukan oleh orang Pulau Pinang. Menurut beliau, orang Pulau Pinang wajib beli rumah di kawasan pulau walaupun nilaian gaji tidak begitu tinggi. Pembelian tersebut boleh dilakukan dengan menggunakan skim-skim yang telah disediakan oleh kerajaan negeri. Dr Mohd Zabidi juga menekankan tentang kepentingan penduduk Melayu Pulau Pinang untuk mendaftar sebagai pemilih. Mengikut statistik, orang Melayu mewakili 41% dari bilangan penduduk di Pulau Pinang tetapi hanya 70% peratus sahaja dari orang Melayu Pulau Pinang yang mendaftar sebagai pemilih. Akhirnya Dr Mohd Zabidi mengingatkan orang Melayu Pulau Pinang supaya tidak menjual tanah kepada bangsa lain kerana tanah merupakan hak peribadi yang perlu dijaga.
© all rights reserved
made with by templateszoo