NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pujut: Mampukah DAP Pertahankan Kerusi Tersebut?


SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) sedang mengadakan mesyuarat khas pagi ini bagi membincangkan perkara berkaitan urusan PRK DUN N74 Pujut. SPR menerima surat pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada 16 Mei lepas berhubung kekosongan kerusi DUN N74 Pujut susulan pelucutan jawatan wakil rakyat DAP, Dr Ting Tiong Choon.

Dalam pertandingan empat penjuru pada  7 Mei tahun lalu, wakil DAP itu menang dengan 8,899 undi menewaskan BN yang meraih 7,140 undi, manakala Jofri  Jaraiee (PAS) 513 undi, diikuti Fong Pau Teck (Bebas) hanya 375 undi.

Pujut dalam Parlimen Miri ada 26,202 pengundi terdiri daripada 70.4 peratus kaum Cina, Melayu dan Melanau (17.9 peratus), Iban (7.5 peratus), Orang Ulu (1.8 peratus), Bidayuh (0.6 peratus) serta lain-lain (1.6 peratus).
© all rights reserved
made with by templateszoo