NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRU14: Tak Salah Kerjasama UMNO PAS - Tengku Razaleigh Hamzah


UMNO/BN berhak menjalinkan kerjasama politik dengan sesiapa sahaja termasuk PAS bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14 akan datang jika ini membawa kebaikan kepada parti, kata Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.

“Tidak ada salahnya kalau hendak adakan kerjasama dengan PAS.

“Kalau kerjasama dengan parti lain pun tidak ada beza kerana ini untuk pilihan raya. Kalau itu boleh memberi manfaat kepada parti kita, apa salahnya,” kata pemimpin veteran BN itu yang dipetik akhbar Utusan Malaysia, hari ini ini.

Bagaimanapun, kata Tengku Razaleigh, sama ada ahli kedua-dua parti boleh terima atau tidak kerjasama berkenaan seperti soal pembahagian kerusi atau calon, itu bergantung kepada pucuk kepemimpinan parti masing-masing.

“Saya rasa peringkat atasan akan meneliti perkara ini,” katanya lagi yang dipetik oleh akhbar milik Umno itu.

Tengku Razaleigh memberi contoh di Gua Musang, yang katanya dengan adanya kerjasama PAS dan Umno, tidak menyaksikan pertandingan di kerusi berkenaan.

“Tidakkah ini berfaedah kepada pihak yang terlibat? Dari sudut itu saya rasa ada keuntungan dan beri faedah, tetapi kalau sudut lain kita kena kaji,” katanya.

Tengku Razaleigh, berkata, jika diteliti kebanyakan ucapan atau kenyataan pemimpin BN dan PAS, terdapat kecenderungan atau mirip ke arah kerjasama terutama sekali dalam bidang agama.

Menurutnya, terdapat sesetengah dasar kerajaan disokong oleh PAS dan tiada salahnya diwujudkan kerjasama di medan politik seperti pilihan raya kerana itu tidak merugikan kedua-dua pihak.

Pemimpin kedua-dua parti akhir-akhir ini dilihat semakin mesra dan berkongsi di pentas yang sama.
© all rights reserved
made with by templateszoo