NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pulau Pinang: Di bawah pemeritahan DAP, negeri jadi syurga arak.

Penduduk, pemilik perniagaan dan pekerja pejabat di kawasan Little India menyuarakan rasa tidak senang mereka dengan suasana waktu gembira yang bermula di kawasan terbuka selepas waktu bekerja itu. Tingkah laku yang sukar dikawal yang dipamerkan oleh pengunjung kedai arak ini menjadikan kawasan itu tidak selamat untuk mereka yang tinggal dan bekerja di situ. - SM Mohamed Idris, Presiden CAP

PERSATUAN Pengguna Pulau Pinang (CAP) amat terkejut mendapati bahawa terdapat percambahan kedai arak di kawasan Little India, Pulau Pinang. Kami percaya kedai arak tidak seharusnya dibenarkan dibuka di kawasan yang terdapat rumah dan pejabat.

Kami telah menerima banyak aduan mengenai kedai arak yang meletakkan meja di sepanjang jalan untuk pelanggan yang mengunjungi kedai mereka. Meja ini diletakkan jauh melebihi jarak premis kedai mereka dan menceroboh ruang kawasan jiran mereka (perniagaan lain yang telah ditutup pada hari itu).

Penduduk, pemilik perniagaan dan pekerja pejabat di kawasan Little India menyuarakan rasa tidak senang mereka dengan suasana waktu gembira yang bermula di kawasan terbuka selepas waktu bekerja itu. Tingkah laku yang sukar dikawal yang dipamerkan oleh pengunjung kedai arak ini menjadikan kawasan itu tidak selamat untuk mereka yang tinggal dan bekerja di situ.

Bukan hanya di kawasan Little India sahaja tetapi ia juga turut berlaku di sepanjang Lebuh Chulia di mana banyak kedai jenis “bistro” yang mengiklankan diskaun untuk bir dan menjual pelbagai arak jenis lain. Idea kedai ini dibuka adalah dengan niat untuk memenuhi keperluan orang asing yang datang ke sini untuk bercuti terutama sekali pekerja asing. Bagaimanapun, kami ingin mengingatkan pihak berkuasa bahawa kesejahteraan mental dan fizikal penduduk tempatan adalah lebih penting dan perlu diberikan keutamaan.

Kita juga perlu ingat bahawa kedai arak ini dibuka di kawasan yang berdekatan dengan Lebuh Harmoni yang terdiri daripada Gereja St. George, Kuil Kuan Imm, Kuil Sri Mahamariamman dan Masjid Kapitan Keling. Ini semua adalah tempat beribadat dan mereka yang berada di kawasan sekelilingnya seharusnya bertingkah laku dengan hormat dan sopan, bukannya mabuk dan bertingkah laku tidak sopan.

Lesen untuk mengusahakan kedai arak dikeluarkan oleh Jabatan Kastam. Tidakkah mereka memeriksa terlebih dahulu di mana kedai itu akan dibuka sebelum mengeluarkan lesen untuk menjual arak?

Di sesetengah negara Barat, di mana pengambilan alkohol adalah perkara biasa dalam budaya mereka, penduduk tidak dibenarkan membuka bekas (tin, botol atau gelas) minuman alkohol di ruang terbuka atau kenderaan. Tetapi di Malaysia nampaknya semua boleh. Oleh itu, kedai arak tempatan kita boleh beroperasi dan meletakkan meja di sepanjang laluan pejalan kaki tanpa halangan.

Walaupun majlis tempatan tidak mengeluarkan lesen untuk kedai arak, tidakkah mereka boleh melakukan sesuatu terhadap mereka yang meletakkan meja yang menghalang pejalan kaki dan laluan kaki lima itu?

Semua perkara dipertimbangkan, CAP menggesa kedai arak yang beroperasi di kawasan Little India hendaklah ditutup demi untuk kesejahteraan penduduk dan pekerja di kawasan itu. Kami tidak mahu insiden seperti “rusuhan Little India 2013” di Singapura, di mana ramai daripada perusuh itu adalah mereka yang mabuk akibat pengambilan alkohol itu berulang semula di Little India kita. 

SM MOHAMED IDRIS
Presiden CAP
© all rights reserved
made with by templateszoo