NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Keluarga Nik Aziz buat laporan polis


Saya selaku anak kepada Allahyarham Nik Abdul Aziz mewakili bonda saya dan semua adik beradik sesungguhnya menegaskan bahawa kami sama sekali tidak bersetuju nama ayahanda kami digunakan untuk mempromosikan PAN (Amanah).Saya membuat laporan polis ini bagi membolehkan saya dan keluarga mengambil tindakan undang-undang yang sesuai terhadap pengajur program tersebut.

KOTA BHARU: Keluarga Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini tampil membuat laporan polis berhubung tindakan Parti Amanah Negara (Amanah) yang sering kali menjaja nama bekas Muryidul Am PAS itu untuk kepentingan politik mereka.

Laporan tersebut dibuat oleh Nik Adli Nik Abdul Aziz yang mewakili ibunya, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak dan seluruh ahli keluarga mereka di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu pagi tadi.

Laporan tersebut turut merangkumi tindakan Amanah yang bakal menganjurkan Seminar Pemikiran Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH), pada 9 April depan.

Nik Adli berkata, mereka sekeluarga tidak pernah bersetuju nama Allahyarham Nik Abdul Aziz digunakan untuk program tersebut yang dilihat bertujuan menarik orang ramai menyertai Amanah.

Katanya, penggunaan nama Nik Abdul Aziz dengan tidak mendapat persetujuan keluarga telah memberi imej buruk kepada Allahyarham dan keluarga yang seolah-olah mengambarkan mereka menyokong perjuangan Amanah.

“Saya selaku anak kepada Allahyarham Nik Abdul Aziz mewakili bonda saya dan semua adik beradik sesungguhnya menegaskan bahawa kami sama sekali tidak bersetuju nama ayahanda kami digunakan untuk mempromosikan PAN (Amanah).

“Saya membuat laporan polis ini bagi membolehkan saya dan keluarga mengambil tindakan undang-undang yang sesuai terhadap pengajur program tersebut,” katanya dalam sidang akhbar khas yang diadakan di kediaman Allahyarham Nik Abdul Aziz di Pulau Melaka di sini hari ini.

Turut serta dalam sidang akhbar tersebut ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh dan adik Nik Abdul Aziz, Nik Din Nik Mat.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo