NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Apakah yang harus dilakukan apabila tayar meletup

Bimbang ianya akan berlaku kepada diri sendiri, keluarga dan sahabat handai, saya mencari maklumat bagaimana ini terjadi dan apa yang harus dilakukan 
Kemalangan maut yang berlaku pada 11 Disember 2016 di LPT 2 yang meragut 6 nyawa merupakan satu peringatan tentang apa yang mungkin akan berlaku kepada kita.

Media melaporkan bahawa kenderaan itu mengalami letupan tayar yang mengakibatkan ia hilang kawalan. Bimbang ianya akan berlaku kepada diri sendiri, keluarga dan sahabat handai, saya mencari maklumat bagaimana ini terjadi dan apa yang harus dilakukan.

Punca tayar meletup:

1) Lebih kurang 3/4 kes letupan tayar yang berlaku diakibatkan oleh kurang tekanan dalam tayar. Keadaan ini menyebabkan kepanasan pada tayar. Apabila membuat perjalanan yang jauh, jadikan tabiat memeriksa tayar sebelum memulakan perjalanan dan semasa berhenti.

2) Tayar lama iaitu 5 tahun atau 40,000 km  (25,000 batu) mempunyai risiko tinggi untuk meletup.

3) Pemanduan laju yang berterusan boleh mengakibatkan udara di dalam tayar panas dan mengembang. Seeloknya berhenti seketika setelah beberapa jam memandu untuk membolahkan tayar dan brek sejuk. Pemandu juga dapat berehat serta memeriksa kereta dan tayar sebelum menyambung perjalanan.

4) Kerosakan tayar seperti terkoyak atau bengkak juga boleh menyebabkan tayar meletup. Hal ini terjadi apabila tayar terlanggar tepi jalan, pembahagi jalan atau lubang di atas jalan. Ia akan merosakkan bahagian tepi tayar. Tayar yang rosak semasa dikilangkan pula akan mengakibatkan bentuknya rosak atau bengkak. Periksa tayar dari masa ke semasa untuk memerhatikan bentuk sebegini.

5) Kenderaan lebih muatan juga boleh mengakibatkan tayar meletup. Pastikan indeks muatan tayar dipatuhi. Maklumat indeks ini biasanya dipaparkan di bahagian tepi badan kereta. Tayar dapat menanggung di antara indeks 62 (265 kg) hingga 126 (1700 kg).

6) Memandu melebihi halaju juga boleh mengakibatkan tayar meletup. Perhatikan maklumat nisbah kelajuan tayar yang dicadangkan oleh pengeluar tayar. Maklumat nisbah (kelajuan dalam kph) seperti berikut:
 N(140), P(150), Q(160), R(170), S(180), T(190), U(200), H(210), V(240), Z(240+), W(270), Y(300).

 7) Tayar botak juga boleh mengakibatkan tayar meletup. Had yang dibenarkan adalah 1.6mm merentasi 75% kelebaran tayar. Adakalanya, tayar akan haus secara tidak sekata. Walaupun rupa luarannye elok, keadaan di dalam mungkin sebaliknya.

 8) Pembaikian tayar pancit yang tidak betul juga adalah punca tayar meletup. Pembaikian yang dicadangkan adalah jenis "mushroom and plug".

 9) Penggunaan program alat kawalan kestabilan kenderaan (cth ESP) sangat berguna ketika berhadapan dengan kejadian letupan tayar. Pertimbangkan ia ika anda mahu membeli kereta baru.

Bagaimana bertindak apabila tayar meletup

1) Jangan tekan pedal brek. Kebanyakan pemandu akan menekan brek di saat kecemasan. Walaubagaimanapun, ini adalah tindakan terakhir yang anda patut lakukan kerana tayar yang pecah akan menjadikan kenderaan tidak stabil dan pemandu hilang kawalan. Berhentikan kenderaan dengan cara merendahkan gear. Kemudian tekan brek perlahan-lahan.

2) Jangan lepaskan pedal pecutan. Kekalkan pecutan buat sementara waktu sebelum melepaskannya perlahan-lahan. Kuasa nyahpecutan yang terhasil akibat letupan tayar adalah sangat kuat dan ia akan memperlahankan kenderaan serta-merta. Jika anda sedang menggunakan Cruise Control, berhentikan secepat mungkin.

3) Kenderaan akan bergerak mengikut arah di mana letupan tayar berlaku. Kawal kenderaan agar ia bergerak terus ke hadapan.

4) Jika kenderaan sudah terpesong, jangan cuba betulkan arah iaitu memusing stereng dengan keterlaluan. Ini akan mengakibatkan kenderaan berpusing dan terbabas.

Benar, hal ini kelihatan mudah dibicarakan tapi mungkin sukar dilakukan. Sentiasa waspada dan yakin Tuhan akan membantu kita di saat kecemasan. Berhati-hati di jalan raya.

Editor: Kami terima artikel ini dari pembaca. Walaupun penulisnya tidak diketahui, kami berpendapat kandungannya sangat bermanfaat untuk pembaca. Artikel ini diterjemahkan dari kandungan asal di http://www.1media.my/2016/12/what-to-do-when-your-car-gets-blowout.html


© all rights reserved
made with by templateszoo