NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

1,728 murid sekolah terjebak dadah sepanjang tahun ini

Bahana dadah terus membarah dalam masyarakat Malaysia dan bukti­nya seramai 1,728 murid di seluruh negara dikesan mula berjinak-jinak dengan gejala itu - Datuk Chong Sin Woon, Timbalan Menteri Pendidikan

KUALA LUMPUR 19 Dis. – Bahana dadah terus membarah dalam masyarakat Malaysia dan bukti­nya seramai 1,728 murid di seluruh negara dikesan mula berjinak-jinak dengan gejala itu bagi tempoh sepanjang tahun ini sahaja.

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Chong Sin Woon berkata, kesemua murid tersebut dikesan positif dadah hasil ujian air kencing yang dilakukan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Daripada jumlah itu, 1,716 adalah murid lelaki dan 12 murid perempuan. Kesemua mereka telah melalui sesi kaunseling dan program intervensi dengan kerjasama AADK,” katanya di Dewan Negara hari ini.

Isu mengenai penagihan dadah dalam kalangan murid itu dibangkitkan secara bersama Senator Da­tuk Prof. Dr. Sim Kui Hian dan Senator Chia Song Cheng semasa sesi pertanyaan lisan.

Menyentuh mengenai inisiatif yang telah diambil Kementerian Pendidikan bagi membendung ancaman dadah dalam kalangan murid, Sin Woon memberitahu, semua sekolah diwajibkan me­laksanakan Program Pendidikan Pencegahan Dadah.

http://www.utusan.com.my/berita/parlimen/1-728-murid-sekolah-terjebak-dadah-sepanjang-tahun-ini-1.421837

Foto hiasan - kosmo.com.my
© all rights reserved
made with by templateszoo