NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sabah: Harapan Rakyat umum keluar Gabungan


KOTA KINABALU - Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) hari ini mengumumkan keluar daripada Gabungan Sabah.

Harapan Rakyat merupakan salah satu parti pembangkang tempatan di bawah Gabungan Sabah selain Parti Harapan Rakyat Sabah, Solidariti Tanah Airku (Star), Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS) dan Parti Maju Sabah (SAPP)

Presiden Harapan Rakyat, Datuk Seri Lajim Ukin berkata, tindakan tersebut diambil memandangkan Gabungan Sabah adalah tidak berdaftar dan hanya dijadikan platform untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

"Selepas menilai beberapa perkara termasuk melihat Gabungan Sabah ini tidak berdaftar maka Majlis Tertinggi Harapan Rakyat memutuskan untuk meninggalkan gabungan.

"Sehubungan itu, kami 'berdiri' sebagai pembangkang yang akan menegur dasar Kerajaan Persekutuan mahupun kerajaan negeri sekiranya mereka tidak melaksanakan manifesto seperti yang dijanjikan pada pilihan raya umum lalu," katanya pada sidang akhbar khas di Ibu Pejabat Parti Harapan Rakyat di sini hari ini.

Sementara itu, Lajim turut memberitahu, tindakan Harapan Rakyat meninggalkan Gabungan Sabah telah dimaklumkan kepada Pengerusi Gabungan Sabah, Datuk Mohd. Noor Mansor; Presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee dan Presiden PPRS, Datu Mohd. Arshad Abdul Mualap. 

Bagaimanapun, Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Jeffrey Kitingan gagal dihubungi.

"Setakat ini, kami belum memikirkan sama ada akan bergabung dengan Gabungan Bersatu ataupun bergerak sendiri.

"Lagipun, sebelum ini pihak Parti Bersatu Sabah (PBS) pernah menyatakan hanya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) atau Ahli Parlimen sahaja yang 'layak' menyertai gabungan itu," ujarnya.

Terdahulu, pada 12 Mei lalu, PBS mengumumkan keluar daripada Barisan Nasional (BN) bagi membentuk satu landasan baharu politik di negeri ini yang dinamakan Gabungan Bersatu.

Pembentukan gabungan itu susulan daripada tindakan semua parti komponen tempatan, Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), Parti Liberal Demokratik (LDP) dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) meninggal BN selepas kalah teruk pada PRU-14. - K! ONLINE

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo