NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Personaliti TV, Ustazah Asmak Husin dilantik Senator



KOTA BHARU 28 Jun - Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini meluluskan usul pelantikan Ustazah Asmak Husin atas pelantikan sebagai Senator mewakili Negeri Kelantan menggantikan Puan Hjh Khairiah Mohamad bagi sesi Julai 2018 - Julai 2021. 


Anak jati Kelantan ini merupakan lulusan Sarjana Muda Fiqh dan Usul Fiqh daripada Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Beliau menamatkan pengajian Sarjana dalam bidang Undang-undang dan Pentadbiran Agama Islam daripada Kulliyah Undang-undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. 


Beliau juga merupakan
1. Ahli penggubal Dasar Kanak-kanak Fitrah Negeri Kelantan
2. Ahli jawatankuasa Semakan Dasar Wanita Kelantan
3. Ahli jawatankuasa induk Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga & Kebajikan (sejak tahun 2013)
4. Ahli PUM
5. Panelis rancangan Tanyalah Ustazah di TV9 dan Fiqh Wanita TV3


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo