NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Elaun ADUN PAS Selangor Ada Masalah Teknikal – Azmin

Kerajaan PKR Selangor menafikan dakwaan bahawa elaun kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS di negeri ini telah dipotong.


Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, perkara tersebut adalah tidak benar serta menyifatkannya hanya khabar angin.

Jelasnya, elaun tersebut mungkin lewat diterima kerana melibatkan masalah teknikal serta menegaskan ia akan diselesaikan secepat mungkin.

“Kita baru dua minggu masuk tahun baharu, sudah tentu ada mekanisma dari Perbendaharaan ke Pejabat Daerah kerana pengawal kewangan adalah pegawai daerah.

“Perbendaharaan perlu menyalurkan peruntukan ke Pejabat Daerah sebelum pegawai daerah menyalurkan kepada wakil rakyat,” katanya kepada pemberita, pada Rabu.

Beliau mengulas dakwaan bahawa peruntukan kepada ADUN PAS di Selangor dipotong bermula tahun ini.

Mohamed Azmin berkata, kerajaan negeri menyalurkan peruntukan kepada semua ADUN, ahli kelab penyokong kerajaan dan penyelaras DUN dan Parlimen.

“Peruntukan diberi kepada semua ADUN, kita tidak bezakan antara wakil rakyat PAS dan Pakatan Harapan,” katanya.

Kerajaan Selangor menyalurkan peruntukan RM200,000 setahun kepada semua 12 ADUN Barisan Nasional (BN) di Selangor manakala peruntukan RM700,000 setahun kepada ADUN Pakatan Rakyat, termasuk PAS yang membentuk pentadbiran kerajaan negeri pada Pilihan Raya Umum ke-13.
© all rights reserved
made with by templateszoo