NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Azmin Ali akan DIHUKUM dalam PRU 14?

Krisis terbaru akibat keceluparan Azmin Ali semakin meruncing apabila dengan angkuhnya Azmin memerli PAS dan Nik Abduh didalam twitter miliknya yang berbunyi " ADA TOK LEBAI NAK TAWAN SELANGOR. KAWASAN SENDIRI PUN KALAH TERSUNGKUR" telah menaikkan lagi kebencian ahli dan penyokong PAS serta mendapat kecaman pengguna media seluruh negara. Selamat tinggal Azmin Ali. - (Dato' Rahman,Penganalisis Politik Bebas)

Ramai penganalisis politik bebas termasuk saya menjangkakan bahawa Azmin Ali bakal kecundang di Parlimen dan juga Dun di Selangor pada Pru 14 akan datang. Ini adalah penggal terakhir beliau menjadi Menteri Besar Selangor dari PKR selepas merampas jawatan tersebut melalui fitnah 91 muka surat yang turut didalangi pemimpin PKR.

Ditambah pula krisis dalaman PKR, salahlaku dan salahguna kuasa beberapa pimpinan PKR Selangor dibawah pentadbiran Azmin Ali dan juga sentimen penolakan rakyat Selangor terhadap PKR.

Muktamar Agong Tahunan PAS yang sedang berlansung turut mengusulkan agar kerjasama dengan PKR diputuskan. Ini merupakan tampatan hebat terhadap PKR. Jika usul ini diluluskan dan PAS memutuskan hubungan dengan PKR maka talian hayat PKR akan musnah dan PKR akan terkubur dalam PRU 14.

Krisis dalaman dari dua kem ( Kem Anwar/ Wan Azizah dan Kem Azmin ) dalam PKR yang sering bertelagah merebut jawatan dan habuan juga antara faktor yang turut menyumbang kepada kejatuhan Azmin Ali dan PKR di Selangor.

Melihat kepada dua statistik dibawah ramai penganalisis meramalkan Azmin Ali akan kecundang di Parlimen Gombak dan juga di DUN Bukit Antarabangsa kerana akar umbi dan penyokong PAS tidak akan mengundi Azmin Ali.

Parlimen Gombak
Azmin Ali (PKR)-54,287
Datuk Dr Rahman Ismail (BN)-50,093
Datuk Paduka Said Nazar (Bebas)-474
Majoriti : PKR menang dengan majoriti 4734
Undi Rosak : 1353
Jumlah Kertas Undi Keluar : 107,162

Bukit Antarabangsa
Jumlah Pengundi: 34,467 
Mohamad Nadzim Bin Ibrahim (BN) - 12,458
Azmin Ali ( PKR) - 16,502
MAJORITI: 4,044 
Jumlah undi: 29,264 | Peratus mengundi: 84.90% | Undi rosak: 304 

Krisis terbaru akibat keceluparan Azmin Ali semakin meruncing apabila dengan angkuhnya Azmin memerli PAS dan Nik Abduh didalam twitter miliknya yang berbunyi " ADA TOK LEBAI NAK TAWAN SELANGOR. KAWASAN SENDIRI PUN KALAH TERSUNGKUR" telah menaikkan lagi kebencian ahli dan penyokong PAS serta mendapat kecaman pengguna media seluruh negara. 

Selamat tinggal Azmin Ali.


Ikhlas dari
Dato' Rahman
Penganalisis Politik Bebas.
© all rights reserved
made with by templateszoo