NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

SPDP tidak bantah pindaan Akta 355



Akta 355 bukan undang-undang hudud dan pindaannya hanya membabitkan kepentingan Muslim yakni tidak menyentuh bukan Islam. Kenapa kami mahu campur tangan, kami bukannya tahu sangat tentang agama orang Islam
Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) yang merupakan parti komponen Barisan Nasional (BN) di Sarawak menyatakan sokongan kepada pindaan Akta 355 jika ia tidak membabitkan kepentingan kaum bukan Islam.



Presidennya, Datuk Seri Tiong King Sing menyatakan perkara itu kepada Sinchew Daily pada ketika kebanyakan parti komponen berasaskan kaum bukan Islam membantah pindaan Akta 355.

King Sing berkata, Akta 355 bukan undang-undang hudud dan pindaannya hanya membabitkan kepentingan Muslim yakni tidak menyentuh bukan Islam.

Katanya, Empat Ahli Parlimen SPDP tidak akan membantah jika pindaan itu dimahukan oleh orang Islam.

"Kenapa kami mahu campur tangan, kami bukannya tahu sangat tentang agama orang Islam," katanya.

King Sing bagaimanapun berkata, kajian teliti perlu dilakukan jika ia menyentuh kepentingan orang bukan Islam.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo