Header Ads

Download Laporan Ekonomi 2015/2016


Berikut ialah inti pati Laporan Ekonomi 2015/2016 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan sempena pembentangan Bajet 2016 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Menteri Kewangan di Dewan Rakyat. 

* Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dijangka berjumlah RM39 bilion pada 2016 (3.1 peratus KDNK) (2015: dianggarkan berjumlah RM27 bilion mulai April)

* Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dijangka kekal kukuh dengan pertumbuhan teguh pada 2016, berkembang antara 4.0 peratus hingga 5.0 peratus (2015:4.5-5.5 peratus)

* Pertumbuhan ekonomi Malaysia akan dipacu oleh permintaan domestik dengan perbelanjaan swasta terus menjadi pemacu utama

* Defisit fiskal Malaysia diunjur susut kepada RM38.8 bilion atau 3.1 peratus daripada KDNK pada 2016 (2015: 3.2 peratus)

* Kutipan hasil kerajaan persekutuan tahun depan dijangka berkembang sebanyak 1.4 peratus kepada RM225.7 bilion, diterutamanya disebabkan oleh kutipan tinggi dalam hasil cukai

* Hasil berkaitan minyak dijangka turun 14.1 peratus pada 2016 disebabkan oleh harga minyak mentah dunia yang lebih rendah (2015: 19.7 peratus)

* Perbelanjaan kerajaan pesekutuan dijangka meningkat 1.7 peratus kepada RM265.2 bilion pada 2016 (2015: RM260.7 bilion)

* Daripada RM265.2 bilion perbelanjaan kerajaan persekutuan, 81.1 peratus diperuntuk untuk perbelanjaan mengurus manakala 18.9 peratus untuk perbelanjaan pembangunan

* Perbelanjaan mengurus pada 2016 dijangka meningkat sebanyak 0.9 peratus berikutan usaha berterusan untuk merasionalisasi dan mengoptimumkan perbelanjaan kerajaan

* Perbelanjaan pembangunan dijangka naik 5.4 peratus tahun depan dengan RM30.3 bilion untuk sektor ekonomi

* Sektor keselamatan akan disediakan RM5 bilion pada 2016 untuk meningkatkan keupayaan angkatan tentera dan polis

* Sebanyak RM1.6 bilion akan diperuntukkan tahun depan untuk sektor pentadbiran awam bagi menaik taraf kemudahan kerajaan di seluruh negara

* Permintaan domestik dijangka mencatatkan pertumbuhan sebanyak 5.5 peratus tahun ini dipacu oleh perbelanjaan sektor swasta

* Pelaburan swasta diunjur meningkat 6.7 peratus pada 2016 dengan sejumlah besar pelaburan dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan

* Penggunaan swasta dijangka bertambah 6.4 peratus pada 2016, mendapat faedah daripada prospek pekerjaan yang stabil dan pertumbuhan gaji yang baik

* Pelaburan awam dijangka mencatatkan pertumbuhan lebih tinggi sebanyak 2.3 peratus pada 2016 berbanding 1.6 peratus diunjur tahun ini disokong oleh projek-projek baharu di bawah Program Transformasi Ekonomi dan Rancangan Malaysia Ke-11 serta projek yang sedang dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Ke-10

* Sektor perkhidmatan diunjur berkembang 5.4 peratus pada 2016 dan meningkatkan bahagiannya kepada 54 peratus daripada KDNK daripada 53.8 peratus tahun ini dengan semua subsektor terus berkembang

* Inflasi kekal stabil pada dua hingga tiga peratus pada 2016 (2015: 2.0 hingga 2.5 peratus)

* PNK nominal per kapita diunjur naik 5.6 peratus kepada RM38,438 tahun hadapan berbanding 4.2 peratus pertumbuhan yang dijangka kepada RM36,397 tahun ini

* Akaun semasa Malaysia dijangka mencatatkan lebihan yang lebih kecil dalam lingkungan 1.5 peratus hingga 2.5 peratus daripada Pendapatan Negara Kasar (PNK) pada 2015

* Asean akan menubuhkan jawatankuasa kerja untuk meningkatkan inklusif kewangan
- BERNAMA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/91174

Pautan e-book buku laporan adalah http://ebook.printnasional.com.my yang dijual dengan harga RM5.00.

Untuk pembelian, sila hubungi atau datang ke:
-Kedai PNMB Kuala Lumpur, 03-92366912
-Kedai PNMB Putrajaya, 03-88811970
-Lobi Kementerian Kewangan Malaysia, Putrajaya