NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PH boleh ‘kuyup’ di Selangor jika PRN diadakan sekarang – Gulam Muszaffar



AYER MOLEK – Pakatan Harapan (PH) mungkin ‘kuyup’ di Selangor jika Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan ketika ini susulan keputusan pilihan raya sebelum ini yang mencatatkan kemerosotan dalam gabungan itu.

Ketua Penerangan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Gulam Muszaffar Gulam Mustakim berkata, perkara itu jelas dizahirkan dalam perkembangan di Sabah, Johor dan Negeri Sembilan yang menunjukkan penolakkan pengundi terhadap PH.


“Bermula daripada Sabah, PH ini ditolak oleh rakyat negeri Sabah, kosong. DAP bertanding 12 kerusi, kuyup yang dia ada cuma satu kerusi itu pun kerusi pinjam daripada GRS…hilang di bumi Sabah.

“Di Johor, kita menang besar alhamdulillah, 48 kerusi, mereka cuma menang lapan dan beberapa kerusi yang dimiliki di DAP sebelum ini, kita rampas seperti di Perling.

“Di Negeri Sembilan, lagi satu kejutan bila kita kalahkan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke di kerusi Chenah yang mereka rasa itu kerusi paling selamat DAP di Negeri Sembilan, kita kuyupkan dia.


“Di Sabah tolak, di Johor tolak, di Negeri Sembilan tolak, takkannya orang Melaka nak jadi pengkhianat kepada gelombang biru ini?,” katanya ketika berucap di Pentas Gelombang Biru Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Molek di sini, malam tadi.


Tambah Gulam Muszaffar, landskap politik itu perlu dijadikan gambaran kepada pengundi Melaka bahawa sokongan terhadap PH turut menjadi persoalan di beberapa negeri lain.

Dalam pada itu, beliau turut berkongsi perkembangan beberapa negeri di bawah pentadbiran Perikatan Nasional (PN) yang merangkumi Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

“Tiga negeri dah tolak, masuk negeri SG4, Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, tiga campur empat dah jadi tujuh.

“Di Pahang dan Perak, insya-Allah kalau ini berlaku, kita juga akan tolak PH. Tujuh campur lagi dua, sembilan.


“Tinggal Selangor (PKR) Darul Banjir, Pulau Pinang (DAP) pun Darul Banjir. Kalau kena gaya, Selangor pun boleh Pakatan Harapan kuyup kalau dibuat PRN sekarang.

“Kalau kena gaya, Selangor pun boleh Pakatan Harapan kuyup kalau dibuat PRN sekarang.

“Tadi sembilan, kita bagilah diskaun satu negeri kepada dia orang ni. Campur Selangor kita ambil, dah ada 10. Tak apa, kita bagi sikit, jangan sombong, jangan tamak, Allah SWT marah,” jelasnya. – MalaysiaGazette















........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo