NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pas tidak perlu bimbang, UMNO sudah bersama PH - Zaid




SHAH ALAM - Pas perlu bersikap realistik dalam rundingan pembahagian kerusi dengan UMNO dan tidak terlalu bimbang kemungkinan parti itu kembali memilih Pakatan Harapan (PH) sebagai rakan kerjasama.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Datuk Zaid Ibrahim berkata, hakikatnya PH dan UMNO sudah pun bekerjasama.

Malah, beliau turut mendakwa perselisihan antara Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya sandiwara politik.

"Ketua Penerangan Pas berkata, parti itu tidak boleh mengambil pendirian terlalu tegas dalam rundingan pembahagian kerusi dengan UMNO kerana bimbang UMNO mungkin menyertai PH.

"Pemimpin parti (Pas) lebih mengetahui cara terbaik untuk merundingkan pembahagian kerusi berbanding saya. Namun, saya juga berpendapat bahawa saya cukup mengenali UMNO.

"Tidak perlu bimbang UMNO akan menyertai PH kerana hakikatnya UMNO sudah pun bersama PH. Perselisihan antara Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Anwar Ibrahim hanyalah sandiwara semata-mata," dakwanya menerusi hantaran di media sosial pada Khamis.

Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari menjadi hos bersama dalam audio siar Keluar Sekejap dilapor berkata, parti itu mengambil iktibar daripada kesilapan lalu dalam rundingan pembahagian kerusi dengan UMNO dan kini lebih bertolak ansur dalam kerjasama antara kedua-dua parti.

Menurutnya, Pas sedar tindakan terlalu berkeras dalam rundingan kerusi boleh menyebabkan Barisan Nasional (BN) memilih untuk bekerjasama dengan PH.

Mengulas lanjut, Zaid berkata, percaturan politik UMNO bergantung kepada keputusan pilihan raya dan jumlah kerusi yang berjaya dimenangi parti itu berbanding Pas serta sekutunya.

"Jika UMNO memenangi lebih banyak kerusi berbanding Pas dan Ahmad Zahid berjaya mendapatkan sokongan blok Borneo, maka Zahid akan menjadi Perdana Menteri," katanya.

Bagaimanapun, katanya, sekiranya Pas dan rakan-rakannya memenangi lebih banyak kerusi berbanding UMNO tetapi gagal membentuk kerajaan, Ahmad Zahid berkemungkinan menawarkan kerusi yang dimenangi parti beliau kepada pihak tertentu sebagai pertukaran untuk mendapatkan jawatan dalam kerajaan.


Sumber | Sinar Harian












........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo