NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ismail Lasim Letak Jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

KUALA LUMPUR, 16 November – Datuk Seri Ismail Lasim meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan berkuat kuasa hari ini selepas mengemukakan surat peletakan jawatan kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir.

Perkara itu disahkan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, yang memaklumkan bahawa Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah menerima salinan surat berkenaan bertarikh 16 November 2026.

Menurut Zambry, BN akan mengemukakan cadangan calon Menteri Besar yang baharu untuk dipersembahkan kepada Tuanku Muhriz, selaras dengan peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan.

Beliau berkata, BN akan memberikan kerjasama sepenuhnya bagi memastikan proses peralihan kepimpinan berjalan secara teratur dengan mengambil kira kedudukan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta perkenan Yang di-Pertuan Besar.

Dalam kenyataan sama, Zambry berkata BN menghormati keputusan Ismail dan merakamkan penghargaan atas khidmat bakti beliau sepanjang menerajui pentadbiran negeri itu.

BN berharap keputusan berkenaan dapat membuka lembaran baharu bagi memulihkan kestabilan politik serta memastikan pentadbiran Negeri Sembilan kembali berfungsi dengan lancar.

Perletakan jawatan itu berlaku ketika Negeri Sembilan berdepan kemelut politik dan pentadbiran susulan pertikaian berkaitan institusi diraja serta pembatalan pelantikan 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) sebelum ini.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo