NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Anwar ucap tahniah BN, jamin kerjasama dengan kerajaan Melaka diteruskan



PETALING JAYA:
 Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) atas mandat diberikan rakyat Melaka dalam PRN hari ini.

Beliau berharap amanah itu digalas dengan penuh tanggungjawab demi kesejahteraan negeri dan rakyat.

“Penghargaan kepada seluruh pengundi yang menunaikan tanggungjawab demokrasi serta jentera dan semua calon Pakatan Harapan (PH) yang bekerja keras.

“Kini masanya untuk kita melangkah ke hadapan dengan mengutamakan kepentingan rakyat,” katanya di Facebook.

Beliau berkata, kerajaan persekutuan akan terus memperkukuh kerjasama dengan kerajaan negeri Melaka demi memacu pembangunan serta menjamin kesejahteraan seluruh rakyat.

BN dan Perikatan Nasional (PN) yang membentuk kerjasama pada PRN Melaka berjaya meraih kemenangan di 24 daripada 28 kerusi DUN, sekali gus mendapat mandat menubuhkan kerajaan negeri.

PH pula hanya menang empat kerusi daripada 24 DUN ditandinginya.


Sumber | FMT Malaysia





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo