NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRU16: Wakil rakyat DAP tidak dipilih semula jika gagal capai KPI - Anthony Loke



IPOH – DAP menetapkan semua wakil rakyat perlu mencapai petunjuk prestasi utama (KPI) yang ditetapkan organisasi parti di peringkat negeri masing-masing bagi memastikan mereka terus dipertimbangkan sebagai calon pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, pemantauan prestasi wakil rakyat di Perak sebagai contoh dilaksanakan secara ketat bagi memastikan mereka memenuhi tanggungjawab kepada rakyat serta parti.

Menurutnya, sistem pemantauan yang dilaksanakan di bawah pimpinan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming itu merangkumi beberapa aspek utama termasuk khidmat masyarakat, kerja di kawasan, gerak kerja parti dan usaha memperkukuh parti.

“Paling penting ialah keberadaan mereka di kawasan dan mereka aktif di lapangan. Semua ini merupakan KPI yang ditetapkan kepada wakil rakyat kita.

 “Kalau ada yang kurang aktif, kita akan memastikan berlaku perubahan. Kita sentiasa mengingatkan mereka bahawa jika prestasi tidak baik kemungkinan mereka tidak dicalonkan akan lebih tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas menyempurnakan Konvensyen DAP Perak Kali Ke-24 di Pusat Konvensyen Ipoh di sini pada Ahad.

Anthony berkata, sistem pemantauan itu dilihat berkesan apabila wakil rakyat DAP di Perak secara umumnya aktif melaksanakan tugas dan tanggungjawab di kawasan masing-masing.

Menurutnya, tekanan berterusan melalui penilaian prestasi itu penting bagi memastikan setiap wakil rakyat berusaha memberikan khidmat terbaik serta memenuhi mandat yang diberikan rakyat.

Beliau berkata, pendekatan pemantauan prestasi turut dilaksanakan di peringkat negeri lain di seluruh negara, namun kaedah dan tahap pemantauan bergantung kepada sistem yang digunakan setiap negeri.

“Memang seluruh negara pun ada, setiap negeri ada cara pemantauan mereka. Tetapi apa yang saya bangkitkan di DAP Perak, pemantauan itu sangat ketat.

“Saya lihat kesannya, wakil rakyat kita aktif di lapangan dan jika ada kekurangan, kita pastikan mereka dapat menambah baik prestasi,” katanya.

Ditanya mengenai pembahagian kerusi dalam kalangan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Anthony memaklumkan secara ringkas bahawa perkara itu telah pun selesai dilaksanakan.


Sumber | Sinar Harian







 


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo