NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PKR tuntut Mukhriz mohon maaf dakwaan plot batal pendaftaran PN



PETALING JAYA:
 PKR menuntut Presiden Pejuang, Mukhriz Mahathir memohon maaf kerana mendakwa rancangan untuk menggantung dan membatalkan pendaftaran Perikatan Nasional (PN) dibentangkan dalam Kongres Nasional PKR pada Ogos lalu.

Mukhriz berkongsi tangkap layar empat cadangan yang didakwa dikemukakan, menerusi akaun media sosialnya, termasuk menggantung aktiviti PN dan mengambil tindakan undang-undang untuk membatalkan pendaftaran gabungan itu.

Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh, menuduh Mukhriz menggunakan bahan tidak disahkan untuk mengaitkan PKR dengan pembatalan pendaftaran PN.


“Slaid yang dikongsi Mukhriz menerusi akaun Instagram dan Threads miliknya tidak pernah dibentangkan dalam mana-mana kongres atau konvensyen PKR atau disediakan mana-mana pihak dalam parti,” katanya dalam kenyataan.

Fuziah berkata, hasil semakan PKR mendapati slaid itu mula muncul di Facebook 24 Sept lalu.

Menurutnya, walaupun kongres parti itu mendapat liputan meluas media, tiada laporan menyebut slaid itu dibentangkan.

Tegasnya, amat mendukacitakan apabila seorang pemimpin politik berpengalaman berkongsi bahan itu tanpa memastikan kesahihannya dan perbezaan politik bukan alasan untuk menyebarkan dakwaan berunsur fitnah.

Hantaran Mukhriz itu dibuat selepas Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (JPPM) membatalkan pendaftaran PN hari ini atas alasan maklum balas yang diberikan terhadap notis tunjuk sebab tidak memuaskan.

Tindakan itu menyusul aduan Bersatu berhubung pengecualian parti itu daripada mesyuarat Majlis Tertinggi PN Julai lalu.


Fuziah berkata, aduan itu urusan dalaman parti komponen PN dan tiada kaitan dengan PKR.


Sumber | FMT Malaysia







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo